Saturday, January 2, 2016

Resepi sihat utk anak yg pintar

Hi... post kali nie bukan nak cerita pasal clearstroll ye.. saya nak share satu resepi sihat utk anak2 yg

Monday, December 28, 2015

Pembedahan By Pass


ENSIKLOPEDIA bebas, Wikipedia mentakrifkan pembedahan pintasan jantung sebagai satu proses pintas bagi memulihkan pengaliran darah ke bahagian jantung.
Seterusnya ensiklopedia itu menyebut ia melibatkan penggantian salur darah jantung yang tersumbat dengan salur darah dari kaki (vena), lengan (radial arteri) atau arteri bawah tulang dada (internal mammary artery).
Kalau mahu dibuat perbandingan, pintasan ini juga bermaksud jalan pintas. Jika jalan itu rosak, maka kereta tidak boleh melalui jalan tersebut dan sebagai jalan keluar, satu lencongan perlu dilakukan.

Sunday, December 7, 2014

UFUN, uToken.. UDBP bank, BDG Bank, Nico Financial & persoalan saya

Sebenarnya agak serba salah untuk saya update entri nie, tapi .. kerana terpasa aku relakan .. saya sangat tertarik dengan UFUN sebenarnya sebab tu seboleh-bolehnya saya siasat dari akar umbinya. Tujuan saya ingin mencari yang halal .. nak tolong suami sara keluarga oi, nak bagi anak makan, dan tentu la kena siasat kan, tak ada maksud nak jatuhkan sesiapa..

Apa yang saya difahamkan UFUN dengan perogram utoken membuat perjanjian meterai " Strategic Technical Partnership" dengan bank utama dunia, entah .. ada yang kata dari China, Bangkok, Vietnam.. Ini bermakna penggunaan utoken tidak memerlukan kelulusan dari BNM, SSM malah KPDNKK . Siapa yang tahu pasal Bitcoin, fungsi Utoken lebih kurang macam tu laa..

Bagi saya semua pasal UFUN saya dah luluskan untuk diri saya, masuk berita .. keluar akhbar , siapa tak kenal Bina Puri? saya bekas pelajar binaan, sedikit sebanyak saya mengenali Bina Puri walau tak sepenuhnya. Berkenaan dengan 3 bank tersebut .. saya rasa macam tak pernah dengar, saya bukan ahli saham .. so sememangnya saya tak pernah tahu pasal bank-bank dunia, yang saya tahu.. World Bank, di Washington.. maaf, betulkan saya jika saya tersilap..