Tuesday, May 31, 2011

Allah suruh tutup dengan cara yang betul.. bukan suruh balut..

Kini para muslimah kian runtuh akhlaknya.. terlebih dahulu saya minta maaf seandainya jika entri ini ada diantaranya menganggap ianya satu kutukan.. saya cuma nak berikan peringatan buat diri sendiri dan kita semua..

Wanita.. wanita itu maksudnya sangat lembut, wanita.. ianya melambangkan kematangan seseorang itu kerana bayi tidak dipanggil 'wanita'.. apakah kita menghargai dengan panggilan tersebut..

Sebagai seorang wanita, Allah SWT telah mengurniakan kita perhiasan semulajadi dan itu adalah hak serta tanggungjawab kita menjaganya.. sesuai dengan surah An Nuur.. cuba semak ayat 31.. "..dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."

Mungkin pintu hati antara kita masih belum terbuka untuk menerimanya.. atau kita sudah tahu tapi kita saja tidak mahu ambil tahu.. jika orang tua kita suruh sesuatu perkara yang baik dan kita tak ikut.. berdosa besar kita.. dan jika Allah suruh, kita tak ikut.. kemurkaan Allah tu sentiasa bersama dengan kita..

Aurat.. Allah suruh tutup dengan betul, labuhkan hijab.. Allah bukan suruh balut, Dia suruh tutup.. cuba lihat di cermin, jika anda sudah bertudung, berbaju lengan panjang.. Alhamdulillah bagus, tapi dah pasti ke 100% tutup dengan betul? kalau tak.. kasihan orang tua kita.. yang kena soal dia, kenapa tak didik anak dengan betul..

**peringatan buat diri sendiri ni

2 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

hai..nice blog, nice entry... izan follow sini...^^

shopping2u said...

thanks :)