Monday, May 30, 2011

Andai kita diberikan pilihan..

Sememangnya sifat manusia.. andai diberi pilihan, pasti kita mahukan yang lebih baik.. bukan mahu kata sesiapa.. saya cakap ni pun diri saya sendiri.. saya yakin orang lain juga sama.. kerana kita ni cuma manusia biasa..

Setiap kali saya diberikan buat pilihan, saya pasti mahukan yang terbaik.. tak kira dari segi apa sekalipun.

Dan kalau boleh kita ingin sempurnakan semua kehendak kita, saya pernah terbaca satu kisah.. antara seorang murid dan seorang guru.. guru itu mengarahkan anak muridnnya mencari rumput yang terbaik tanpa menoleh ke belakang lagi.. banyak rumput yang cantik di situ dan dia terus berjalan.. akhirnya dia gagal membawa satu rumput pun buat gurunya.. bila ditanya kenapa.. murid itu menjawab dia menjumpai semua rumput yang cantik dan dia yakin ada lagi yang baik di hadapan sana.. namun dia gagal kerana dia tidak tahu memilih yang mana satu..

Begitu juga dengan saya.. andai pilihan yang baik itu datang terlalu banyak, saya jadi pening.. tak tahu mana yang hendak di pilih.. oleh sebab itu kita disarankan membuat solat istiqarah.. memilih antara yang baik menjadi yang terbaik..itulah indahnya islam.. dan harus diingat, istiqarah bukan sekadar menyerahkan jodoh semata mata..

2 comments:

dwaty said...

saya dah banyak kali di suru buat pilihan dalam pelbagai aspek... bila dah blur sangat... istiqarahla jawabnya... follow awak juga...

cik sakura said...

dalam hidup ini pelbagai pilihan diberi dan kadang2 terpaksa melepaskan salah satu pilihan itu..insyaallah..apa yang dibuat dan dirancang semoga diberkati..