Monday, May 30, 2011

Andai kita menerima pemberian..

Bila kita menerima pemberian orang.. apa yang kita katakan sudah tentu ucapan yang pertama sekali keluar adalah terima kasih..

Tapi ada juga insan yang tak reti bersyukur bila menerima pemberian orang.. bila kita bagi, usah kata nak ucap terima kasih... kata apa apa pun tidak, yang sakit hati lagi boleh pulak kasi komen..

Sebagai contoh.. bila orang kasi kita apa apa, ucaplah terima kasih.. jangan pulak cakap.. "eleh.. ni je ke yang ada.." atau bila kita belanja orang tu makan, sebagai contoh goreng pisang.. "air takde ke? takkan goreng pisang je kot.." huh.. banyak pulak demand.. bukan mengharap ucapan terima kasih orang.. tapi kita cubalah jadi insan yang tahu bersyukur.. jangan tahu nak mengkritik dan nak mengenakan orang je..

Bila orang tu bagi dengan ikhlas.. tiba tiba bertukar menyesal.. bila orang tu menyesal dah tentu la jadi tak ikhlas.. kesian, niat dia baik nak sedekah.. kita pulak patahkan mod dia.. elok ke macam tu?

Jadi.. jika kita terima pemberian orang, tak kira lah dari segi apa sekalipun ucaplah terima kasih ,kalau tak suka pun diam je.. bukan mengharap pujian tapi budi bahasa tu kan budaya kita...

1 comment:

ibnubaba_04 said...

kata orang..orang memberi, kita merasa