Sunday, May 29, 2011

Beli rumah di usia muda... untung ke?

Rumah adalah salah satu aset yang perlu dimiliki oleh setiap orang.. tak kira lah rumah tu dibeli secara cash atau hutang..

Bagi pekerja gomen macam saya ni mustahil lah kalau nak beli rumah secara tunai.. kerja pun masih baru dan pendapatan pun tak seberapa.. jadi apakah perlu kita memiliki rumah kalau gaji kita kecik je?

Bagi saya semua orang mampu.. setiap orang mesti mahu memiliki rumah idaman mereka. Dan tak semestinya rumah yang kita beli tu kita duduki.. mungkin kita boleh bagi sewa pada orang. Kalau kita sayang sangat, jangan duduk ye..

Sebelum memiliki rumah tu, kita kena tengok maacam mana struktur tempat tu, adakah ianya selamat dimiliki, tanah.. sebelum didirikan rumah, tempat tu dijadikan tempat apa,setengah  tempat dijadikan pembuangan sampah, ladang kelapa sawit dan ada sawah padi.. yang tu kita kena rujuk dengan orang lain, sesuai tak tanah tu..

Jangan dengar cakap cakap orang, bukan tak boleh, kita kena dengar jugak tapi jangan semua, mana yang kita rasa baik.. kita dengar, sebelum saya beli rumah dulu.. orang kata tempat tu tak maju.. tapi sekarang berebut orang nak sewa..

Mungkin kita rasa mahal sekarang.. tapi 10 tahun lagi? tak mustahil harganya sampai dua kali ganda.. saya dengar sendiri orang tua cakap.. saya naik sebuah teksi, pakcik tu cakap dia dulu susah sangat, beli rumah harga RM40,000.00, tiap bulan potong RM180.00, tapi sekarang rumah tu berebut orang nak beli.. bukan harga asal tau, 3 kali ganda, rumah tu dibeli 20 tahun lepas..

Kalau kita beli rumah tu tujuan mengumpulkan aset.. kita boleh beli di kawasan mana sekalipun.. tak kira kampung atau bandar kerana satu hari nanti kawasan tu pasti akan dimajukan.. tapi kalau kita masih bergaji tak seberapa.. rasanya elok pilih kawasan yang sesuai dan kawasan yang dah dimajukan.. kita boleh  sewakan kepada orang, tu akan cover balik hutang kita.. jangan risau, kalau kawasan tu maju.. bayar lebih pun orang sanggup.

2 comments:

ibnubaba_04 said...

betul tu..klu dh de duit ckit2..baik loan ngn bank,terus beli umh

shopping2u said...

btul tu.. bijak..bijak :)