Saturday, May 28, 2011

Bila cikgu tanya pasal cita-cita..


Masa sekolah dulu mesti cikgu ada tanya pasal cita cita kan.. macam macam jawapan yang kita dengar, tapi masa tu tak tau apa pun..

Ingat balik.. masa darjah satu.. cikgu ada tanya sorang kawan, bila besar nanti nak jadi apa.. katanya suri rumah, cikgu kata bagus... nanti jadi isteri yang baik.. dan ada jugak cikgu tanya sorang lagi.. bila besar nak jadi apa.. dia cakap nak jadi permaisuri.. dan seterusnya tanya budak lain lagi.. macam macam ada jawapan diorang..

Bila tiba giliran saya, cikgu tanya.. Rosmalina.. kamu nak jadi apa bila besar nanti.. nak tau saya cakap apa? saya cakap.. nak jadi komunis cikgu! huh.. nasib baik tak jadi komunis betol betol.. !

2 comments:

cunndaa said...

yupss..betul tu...
tambah2 lg law cikgu baru...
introduce je, mst tnya cita2..
time tu cunndaa ckp nak jd cikgu...
heheeeee ^^

shopping2u said...

lau ada cikgu laki praktikal lgi best
heheh