Friday, May 20, 2011

Huh.. mayat terduduk!!!

Gulp.. takut tak.. takut tak? huh.. nak tau tak mayat siapa yang terduduk? huh.. sebenarnya takde mayat sape pun yang terduduk kat sini..

Sebenarnya.. tadi ada lah tengok cerita 'Tanah Kubur' kat Astro Oasis.. minggu ni berkisahkan seorang lelaki yang bernama En Manan.. beliau merupakan seorang dermawan..

Harta yang banyak tu selalu didermakan.. dia merupakan tetamu tetap surau di kampungnya.. En Manan sangat dikenali orang.. tapi kenapa dia mendapat aib saat pengebumiannya?

Rupanya dia ni buat semua tu kerana nama.. dia suka merendah diri.. tapi ayat yang selalu dia gunakan semasa merendah diri tu lebih kurang macam ni.. "alah... harta saya banyak.. tak bawak ke kubur pun.. kalau saya sedekah.. dapat kongsi dengan orang.."

Saya rasa dari cerita tu kita patut jadikan pengajaran.. jangan ada sifat mazmumah dalam diri kita..  hanya Allah SWT yang layak dipuji.. nak bukti??

“Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.”
(Surah al-Fatihah, ayat 2)

Bila tengok cerita tu.. otomatik jadi takut.. takut kalau terdetik di hati ni ada riak.. takut sangat-sangat.. takut dengan balasan Allah.. minta dijauhkan dengan sifat mazmumah ni..

Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata:


“Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.”
(Hadis riwayat Ibn Marduwaih)



1 comment:

Miss Jingga said...

bace tajuk pon rase da naek bulu roma..aigoo