Sunday, May 22, 2011

kalau ke Melaka wajib singgah dataran 1 Malaysia

baru balik dari beli barang kat bandar Melaka... huh.. penat..! okay.. nak share dengan korang yang luar dari Melaka.. kalau sape yang belum datang Melaka jom la ke sini...! saya boleh jadi pemandu pelancong dengan percuma! tapi wajib belanja putu piring & cendol Klebang... hehe...! cerita pasal tu di lain sesi ok!

Ok... curi masa magrib sikit .. nak share pasal pantai Klebang ni.. kat Melaka ni banyakk tempat yang best best.. ! betul... sebelum ni takut nak datang Melaka tapi bila dah sampai sini ..rasa sayang pulak... tertaut dengan pantainya yang dalam ..ehehe...

kat tempat saya singgah tadi namanya dataran 1 Malaysia.. apa yang best kat sini korang dapat lihat orang main wau ditepi pantai . mungkin kat tempat lain banyak tapi kat sini laaagiiiiiiiiiiiiiii banyak, selain dari tu korang dapat lihat kapal-kapal lalu ..haaa... menarik kan? dapat imagine tak? tadi tak sempat amik gambar banyak banyak.. dah lambat.. takut sampai rumah dah gelap.. kalau dah ramai orang tu mesti la ada peniaga kan.. kat sini banyak gerai-gerai dibuka .. macam macam makanan ada! tapi pantai ni bukan tempat untuk mandi.. AWASSS!! siap ada tanda amaran lagi.. sebabnya kawasan ni dalam..

yang ni jelah sempat saya upload gambar.. jangan lupa datang ke Melaka ... !!!!!!! klik gambar untuk lebih jelas ........





tu je la gambar yang sempat ambik ... kawasan ni luas tau.. tapi kamera phone ni kecikk je... jadi hanya ni je den mampu .. masa amik pun atas motor jee

3 comments:

Khairil said...

pernah lalu kawasan tu semasa berkunjung ke Melaka baru-baru ini...

my-shopping2u said...

owh... kalau lalu petang cantik

Cik Bunny said...

I cant go there.tempat jaoh gila...huaaaa :(