Wednesday, May 25, 2011

Melayu.. melayu.. selalu teripu..

Kalau nak duit banyak.. tolak halal haram ye? tau nak senanggg je.. nak goyang kaki.. nak ada mesin Automatik yang kerja 100% untuk kita ..eh.. kalau ada mesin otomatik tu kan.. dah lama kerajaan sarankan dan bagi wang modal permulaan buat kita...  atau wat pinjaman khas untuk join benda macam ni!jangan mimpi nak kaya kalau malas!  ada satu perniagaan yang tak pakai duit satu sen pun! yang saya tengah buat ni tapi yang tu halal 100%.. konpem! tapi yang tu saya cerita di lain sesi okeh..

Sedih-sedih.. ramai bangsa melayu pulak tu yang kena tipu. Kalau saya singgah kat site benda benda scam ni kan.. tengok kat pendaftaran.. semua melayuu.. melayu.. melayu.. kesian melayu.. selalu tertipu.. dah kita yang rela ditipu! takleh nak kata apa laa.. sorry la sahabat kalau ter'laser'.. tapi niat saya ikhlas.. saya sayang bangsa saya.. walau saya ni tak la maju sangat..

Tapi tak semua program kat internet yang scam ..ada yang betul.. tulus dan ikhlas.. tapi yang scam tu kita sendiri yang boleh nampak la.. kalau kita nak join dengan perniagaan di internet.. yang ni perlu kita titik beratkan:
  • HALAL tak? (penting bagi yang  beragama Islam) sebab tu akan jadi darah daging kita.
  • Diiktiraf kerajaan tak?  ada Sijil SSM? kalau dia cakap ada.. boleh cek online je klik SINI.. masukkan nama company atau no sijil tu.
  • Mempamerkan maklumat diri yang lengkap, ada gambar (bukan gambar duit tau!) .
  • Ada produk  yang dijual, contoh macam ebook.. kalau setakat dia kata duit tu dia labur kat mana mana.. sahhh tipu!
  • Yang penting.. sebelum join sesuatu bisness tu.. buat carian tentang company tu dulu.
  • Kalau setuju nak join.. buat istiqarah, minta Allah SWT bagi kita petunjuk (bagi yang non-muslim, ikutlah kaedah cara agama masing masing).
  • Fikir jangan dua kali, tapi sampai pengsan!
Jangan kita kabur mata.. tengok untung banyak, tak perlu usaha, tak perlu cari downline.. tak perlu buat apa apa.. terus nak join.. tambah pulak tengok admin letak gambar duit berkepuk kepuk, kekadang tu duit dalam USD, kita pun jadi buta jap.. ditambah lagi dengan kereta BMW mewah.. tak sedar yang tu demo je..! Yang penting.. ingat ALLAH..

6 comments:

Belog MTT said...

Betoll... MTT setuju... :)

Follow u lalinkk.. :)

shopping2u said...

maceh ank murid ang besi!

ibnubaba_04 said...

ye la..kalau semua nak duit halal..xde la pulak syurga dan neraka..heee

usahawan said...

Kita memang kena banyak memilih, kita hidup dikelilingi yang syubhah!!

mas saari said...

salam singgah n follow blog kamu yang penuh info ini!

tahniah dipilih sebagai blog pilihan Ben Ashaari!

shopping2u said...

thanks semua :)