Monday, May 30, 2011

Pokok berpenunggu.. boleh percaya ke?

Tadi sembang dengan kawan pasal buah mangga.. teringin pulak nak makan mangga cicah dengan garam.. takpun cicah asam..jangan ingat orang mengidam tau.. kekadang tu orang lelaki lagi suka makan asam lebih dari perempuan..

Tengah bersembang tu housemate kata ada satu pokok mangga tu lebat bunganya serta buahnya.. cheh, macam nasyid la pulak.. lepastu tetiba terkeluar cerita hantu.. tak seram pun.. dia cakap pokok mangga yang lebat tu tak boleh makan, bila makan nanti kena rasuk sebab pokok tu ada penunggu..

Erk.. betul ke ada penunggu? yang pastinya jin dan syaitan memang ada.. syaitan telah berjanji akan merosakkan anak adam.. cuma makhluk tu kita tak nampak je.. kalau kita nampak dengan mata kasar.. maka kita akan rasa rimas yang teramat sangat sebab nampak makhluk tu je..

2 comments:

Chempaka Sari said...

hehe kat kampung saya pun semua pokok buah mangga memang ada penunggu. Ramai penunggunya. Termasuk budak2 nakal yg suka curi buah manga. Menunggu je bila buah tu nak menguning.XOXO, Chempaka Sari.

shopping2u said...

hahah,, tau xpe..igt masa sy kecik pun suka sgt jdi penunggu pokok mangga org