Saturday, May 28, 2011

Siti Nurhaliza nak jadi askar?

Tu lah kerja.. bangun pepagi buta wat blogwalking ke rumah rumah orang.. saja nak tengok khabar kawan kawan ni.

Bila singgah di blog cik Lulu yang  comel tu.. baca la entri yang ditulis oleh dia.. pasal Siti Nurhaliza nak join AW (Askar Wataniah).. hurm menarik juga, sorang artis yang cun, terkenal dan kaya masuk tentera..

Teringat lak zaman saya masa training dulu.. 8 bulan + 36 bulan tu.. adoi.. macam macam kami kena buat.. memang penat tapi rindu.. bayangkan kalau belajar dalam keadaan pressure macam mana.. tapi Alhamdulillah, result gempak gak eh.. hehehe (perasan).

Sebenarnya tentera memang sangat sangat lasak.. tapi tak semua tentera tentera yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia ni lasak.. ada sifat semulajadi mereka lembut (macam saya kot ) dan ada juga yang tak minat.. tapi boleh  di train di sini..

Menyertai angkatan tentera adalah sesuatu yang murni, tapi ramai orang cakap askar ni takde kerja.. sapa cakap? cuba join nak tau.. tapi sepanjang saya join army ni.. tak pernah mati walau sekali walau seteruk mana pun dibelasah.. itu adalah salah satu melatih soldier.. kalau tak ada raging, belasah sikit sikit.. macam mana seseorang tu nak ada disiplin.. sebab tentera ni hidup dalam disiplin..

Tapi kalau saya kemana mana, mesti ada orang yang tak percaya saya ni askar.. saya tak malu nak mengaku saya ni askar biarpun ada yang mengutuk (antara kawan kawan). .buat apa nak malu? cukup bulan kita makan gaji dengan nama tentera.. kenapa tak malu pula bila nak pakai gaji tu? jangan malu untuk mengaku kerjaya kita yang sebenar..

Penglibatan ikon negara itu juga mungkin akan menarik masyarakat lain untuk menyertainya.. itu persediaan yang bagus kerana kita tidak  tahu apa yang bakal jadi pada masa yang akan datang.. meh ramai ramai join tentera..

2 comments:

saiazuan said...

haha menarik2.. :D

alif haris said...

hehe im army to0 .. :p