Sunday, May 29, 2011

Sungai mana yang banyak ai?

Dalam bahasa kelantan.. air dan huruf I merupakan sebutan yang sama.. bunyinya sama kecuali maksud je tak sama..

Ni ceritanya masa sekolah kelas geografi dulu.. cikgu tu memang suka sangat kasi teka teki kat student.. kekadang tu wat lawak yang agak tak menjadi.. disebabkan dia tu cikgu, dengar je la..

Cikgu cakap sapa yang boleh jawab teka teki tu akan dapat balik sekolah awal, maka ramailah yang memerah otak masa tu teramsuk lah orang yang menulis entri ni..

Cikgu tanya kami.. sungai apa yang paling banyak air? tapi dalam bahasa Kelate bunyinya macam huruf I.. cakap cikgu "Sungai mano hok banyok ai..?" kami pun fikir la.. mana la sungai yang banyak air ni.. semua sungai ada air.. sampai la tamat masa yang cikgu kasi, kami takleh jawab lagi.. sambil kemas kemas meja dan berjalan keluar.. cikgu cakap.. "sungai hok banyak ai.. MISSISIPPI la.. sebab banyok huruf ai.. sayo buke tanya ai hok wat minum tu..." huh... hangin je semua!

2 comments:

Izyan Masri said...

OH.KALAU KELANTAN BUNYI AIR DENGAN I LEBIH KURANG SAMA EYH BILA SEBUT ? :D

shopping2u said...

A'ah...mcm tu la.. hehehe..