Tuesday, May 17, 2011

Syukur.. nyawaku masih ada untuk hari ini






Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Apa khabar semua hari ni? alhamdulillah.. semua masih boleh berblogging kan.. syukur alhamdulillah Allah SWT bagi kita nyawa untuk hari ini.. masih dapat hirup udara segar..

Apabila Islam mensyariatkan penganutnya agar menghargai nyawa, maka Islam mensyariatkan pengharaman membunuh diri.. bukan sahaja membunuh diri malah membunuh sesama manusia tanpa sebab.. bahkan ianya disebut sebagai salah satu dosa besar.. maka.. setiap tindakan kita menyelamatkan nyawa demi menyambut dan meraikan jiwa dan kehidupan kearah fitrah kebaikan adalah diberi pahala daripada pencipta..

Namun ada diantara kita mengabaikan perkara itu.. bagi mereka soal nyawa adalah satu permainan dan perjudian.. mana tidaknya.. bayi yang tidak berdosa dibunuh.. syaitan jenis apa yang merasuk mansia tersebut..

Inilah akibatnya tiada iman.. ada juga yang berjudi dengan nyawa sendiri.. terlibat dengan perlumbaan haram sedangkan sudah tahu itu adalah perbuatan yang membayakan diri.. entahlah.. ingat.. hubungan kita dengan iman umpama benih dengan pohon.. jika iman kita tiada.. maka tidak subur lah tanaman itu.. begitu juga dengan kita.. tanpa iman maka rosaklah akidah kita..

Jadi.. sambil kita menjelajah ke blog kawan yang lain.. sama-sama lah kita mengambil ikhtibar setiap enty yang mereka karang.. tak kisah lah yang dicetak dari blog orang lain sekalipun..

p/s: sudah vote idola ku hari ini?

5 comments:

Anonymous said...

menarik :)

zida said...

:)

muslim bay said...

alhamdulillah..

Anonymous said...

moga semua umat islam sedar

my-shopping2u said...

thanks