Friday, June 24, 2011

Apa tujuan saya menjadi seorang blogger..?

Saya tak berani nak mengaku diri saya ni seorang blogger... sebab saya ni tak cukup hebat untuk menulis.. blog saya ni takde informasi yang penting pun.. sekadar menulis di pinggiran je..

Tapi orang tanya.. kenapa saya sibuk-sibuk buat blog ni? tak best pun.. apa perasaan korang bila menjadi seorang blogger? mesti ada kepuasan yang tersendiri.. ada jugak blogger yang tak mempamerkan identitinya yang sebenar..

Saya terlibat dengan dunia ni tak lah lama sangat.. sekitar tahun 2009.. blog saya tu sebagai tempat untuk saya lepaskan perasaan saya, tiada siapa yang tahu saya adalah pemilik blog tu.. blog yang saya suka baca adalah milik Faisal Tehrani tapi sekarang blog tu dah takde.. dan blog seorang penulis muda.. Hilal Asyraf, saya memang minat dengan buku hasil tulisannya.. terkini HERO..tapi saya cuba usaha dari semalam untuk ke blog Langit Ilahi.. tapi tak dapat jugak..

Apa tujuan saya buat blog ni? saya ada tujuan tersendiri, bukan nak jadi glamer..  asalnya saya jadikan blog ini sebagai blogshop tapi pada masa yang sama saya gunakan pendekatan dengan pelanggan iaitu menulis sambil 'berniaga' .. jadi tak boring lah orang datang sini tengok baju kan? Alhamdulillah.. sejak ada blog ni rezeki saya semakin bertambah..

Saya tak mengharapkan orang mengharhai saya sebab takde satu pun nak dibanggakan mengenai blog buruk saya ni.. tapi saya amat hargai mereka yang komen entri saya, pembaca saya dan pengkritik saya.. dan follower saya.

Saya harap semangat saya ni takkan pernah hilang.. Terima kasih pada rakan-rakan sebab sudi singgah ke sini.. dan terima kasih buat mereka yang setia saya melawat saya -.-'

7 comments:

Semut Senyum said...

masing2 ada cara tersendiri... ada idea sendiri.... kite sbgai kawan2 blog ni, kene la support each other, right... moga berjaya ye.. =)

PapaMacho said...

Papa buat blog sekadar mengisi masa lapang.. Dan juga sekadar nak berkongsi perkara2 menarik yang Papa jumpa.. Ikhlas tu tau.. =)

tamlegend said...

pengomen???ape tu???posmen???foremen???hehehe...komentator bahasa kamusnya...bukan nak ttunjuk pandai...tp buruk beno bnyinya pengomen...huhu

Bui Idzra Ryn said...

dulu bui buat blog asalnya nak jual preloved2 bui dan anak2..tp sekarang dh jual cerita..hehe,dh jatuh cinta dgn dunia blog ni..mcm2 org dan mcm2 cerita kita jumpa kan..seronok sgt

Eera Shera said...

berblog sebab minat.tanpa minat tak ke mana la hasilnya..teruskan berblog nina =)

Aki said...

Kak,aki dok ngarut dalam blog je,lagi la takde isi.. Tak kesah pun rasenye,sbab,orang yang datang baca tu mesti mencari sesuatu.. bak kata c Aki,Sharing is Caring.. ^_^.v.. Hehehe..

ghost writer said...

teruskan bersemangat..makin lama berblog makin biasa dengan kondisinya.ada masa down ada masa up.