Tuesday, June 21, 2011

Bapa aniaya seks anak tiri selama 7 tahun dipenjara


MELAKA 21 Jun – Seorang pengusaha kedai makanan ringan dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menganiayai anak tirinya secara seksual selama tujuh tahun sejak mangsa berusia sembilan tahun.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki tersebut yang berusia 43 tahun selepas tertuduh mengaku melakukan perbuatan sedemikian terhadap mangsa yang kini berusia 15 tahun.

Kejadian itu didakwa berlaku di dalam bilik sebuah gerai di sini antara pukul 11 dan 11.30 malam pada bulan November tahun lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, perbuatan tertuduh terbongkar apabila orang awam menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Talian Nur mengenai seorang remaja perempuan yang disyaki didera dan dicabul.

Hasil siasatan mendapati mangsa didera secara seksual sejak berusia sembilan tahun hingga kanak-kanak itu meningkat usia 15 tahun.

Ekoran pemeriksaan doktor yang mendapati terdapat kesan koyakan separa yang lama pada kemaluan mangsa, lelaki itu yang mengahwini ibu mangsa pada 2002 telah ditahan polis pada 11 Jun lalu.

Terdahulu, ketika diberi peluang merayu sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela meminta hukuman ringan kerana telah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu lagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Akmalhana Mohammed yang mengendalikan pendakwaan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan bukannya denda kerana mangsa telah didera secara seksual sejak berusia sembilan tahun.

``Sebagai bapa walaupun hanya berstatus bapa tiri, tertuduh sepatutnya melindungi mangsa dan bukannya menganiayai mangsa dengan melakukan penderaan seksual,’’ katanya. - Utusan

4 comments:

rara pinkmafia said...

haih mcmmcm dunia.takut.

Semut Senyum said...

tu lah...dah mcm2 jadi kt dunia sekarang ni... makin takot...

Amni said...

baca jugak pasal ni hari tu... kesian budak tu... kenapa la ada ayah yang macam gitu kan? ayah sekarang tak sama macam ayah dulu2.. tak tau la akan datang nyer macam mana.. humm.. takutt...

Amni said...

baca jugak pasal ni hari tu... kesian budak tu... kenapa la ada ayah yang macam gitu kan? ayah sekarang tak sama macam ayah dulu2.. tak tau la akan datang nyer macam mana.. humm.. takutt...