Wednesday, June 1, 2011

Budak kecik pun hisap rokok..

Ni kisah lama sebenarnya tapi teringat la pulak kisah ni.. ni gara gara sambutan Kempen Hari Tanpa Tembakau dan disemarakkan lagi oleh blog Ben Ahaari ni.. 

Kita sendiri pun tahu kan.. setakat budak tingkatan 2 tu isap rokok memang dah berlambak sangat dah.. budak sekolah rendah pun ada.. malah lebih dari isap rokok pun ramai..

Kem Terendak ni luas, dalam kem ni ada sekolah.. waktu tu mungkin budak budak balik extra class kot.. lepas balik kerja saya singgah beli roti, nampak sekumpulan budak budak ni.. diorang duk berpasangan, gatal nye.. kecik kecik dah bercinta.. akak dulu takde cintan cintun ni sebab masa tu semua gerun tengok akak tau..

Oleh sebab menghalang lalauan saya pun tegur  la diorang.. pastu dia buat tak tau je, marah pun naik saya.. saya lalu lagi kawasan tu.. tengok diorang tengah merokok,  saya gi tegur diorang.. nak tau dia kata apa? "sukati aku la nak isap apa pun.. bukan duit kau.. mak bapak aku pun tak heran.." isk.. rasa macam nak kasi penampar je.. sabau je.. anak orang.. budak budak tu gelakkan saya.. sedih woo time tu..

Saya dulu.. kalau nampak polis atau tentera tak pun orang yang pakai uniform.. sumpah saya takut.. nampak kereta pun saya dah risau, budak zaman sekarang ni.. isk.. nasib baik saya tolak tawaran masuk maktab dulu.. kalau tak abis anak orang saya lenyek..

3 comments:

qasehraihan said...

tak dtg pekdah pun rokok ni..
harap2 smua peroko benti la..ek??
mksih dtg blog saya..

Areef Ibn Naim said...

salam,

erm, tulah jauh gak... susah lak nak htr kan... tp tryla call, mana tau leh ada cara... washing machine tu jenama LG, harga 350, 6.5kg, fully auto... baru guna setahun lbh...

anyway, tq yer sudi singgah n follow blog sy... salam perkenalan...

berckp ngan org merokok ni umpama mencuraj air ke daun keladi, mana dorang nk dgr apa kita ckp...

scha said...

bazir duet jew merokok nie ish2.. apa laa nak jadi ..