Saturday, June 4, 2011

Daun kapal terbang... khasiatnya..

Kenalkah korang ngan daun kapal terbang ni?ini bukan kapal terbang kertas okeh!  rupanya bukan cam bentuk kapal terbang air asia, mas mahupun firefly.. malah jauh sekali dari helikoper.. huh, banyak melalut lak! sudah niena.. kembali ke tajuk yang asal!

Okeh.. saya yakin, orang yang duk bandar tu memang tak kenal daun kapal terbang.. daun ni tumbuh kat dalam semak samun tanpa ditanam.. dan takde orang pun yang berani tanam pokok nih walaupun bunyinya agak mahal.. mungkin sebab takde seruan kerajaan ngan temanya marilah menanam pokok kapal terbang, hasihhh... melalut lagih! dah..dah..

Ia amat berguna sekali bila mengalami kegatalan kulit..caranya adalah.. amik segenggam atau sukati koranglah nak berapa genggam pun, takde sapa nak marah.. celup lam minyak tanah kemudian tenyeh kat area yang gatal tu (tapi untuk laki korang yang gatal nak berbini.. jangan dicuba ye!) .. biasanya Abah saya guna kalau gatal kat bahagian kaki je..

Kalau mengalami luka luka, amik daun tu kemudian lumatkan menggunakan tangan ,tambah air ye.. pastu letak di bahagian luka.. jangan pulak korang try kat orang yang eksiden nazak atas jalan tu.. dan  kalau tumbuh bisul, jenis jenis kulat.. amik la beberapa helai kemudian campur dengan kapur makan, gosok2 dengan tangan pastu cam biasa la.. tampal kat memana sorang suka..

ok.. ni la ropa daun kapal terbang.. ambik gambar ni kat tepi jalan masa berbeskal..

6 comments:

anismelon said...

nice entry..xpnh dgr name daun cengginie..kalo yg cam ketuat toh??mujarab x?heeee

ibnubaba_04 said...

x penah tngok lagi daun kapal terbang..tapi kalau daun lidah buaya penah la

EiZaRaZiErYa said...

owh..klw xslh pndg la..daun ni zie panggil pokok senduduk..die tumbuh meliar je..cm rumput2 laen at semak samun..p ade kegunaan nye..cm yg cik neina ckplah... >_< wink3

shopping2u said...

@anis melon= ketuat? kalo ketuat try pakai getah di betik muda tu, katanya menjadi.. bnyak ke ketautnye?

@ibnubaba=hehe..tu la, rmai org tatau kewujudan pokok ni...

@eizarazierya= tu la, kegunaan dia bnyak.. hurm.. tpi ktt tmpat niena pokok senduduk tu lain pulak.. hehe

Anonymous said...

[url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#qbdgj]buy cialis[/url] - generic cialis , http://buycialispremiumpharmacy.com/#tntky buy cialis online

Anonymous said...

[url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#gwawi]buy viagra online[/url] - buy viagra , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#mommv generic viagra