Saturday, June 18, 2011

Duhai wanita..


Jika anda wanita sejati, anda patut berasa rugi kerana ketahuilah lelaki tidak akan kehilangan apa-apa biar seramai manapun perempuan yang berada di sekelilingnya, tetapi anda sebagai wanita pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.Sanggupkah anda membiarkan diri anda disentuh sehingga tiada mahalnya lagi diri anda dan digelar perempuan murahan? Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu yang ditagih atau diragut dengan kasar,kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua sayap anda telah tiada?


Wahai wanita.. kasihanilah diri kita dengan menjadikan diri ini berharga. Nilai kita terletak pada harga diri yang sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah erti digilai jika yang menggilai itu hanyalah lelaki yang tidak tahu diri. Kita sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang tahu nilainya melihat anda sebagai 'alat'. tapi anda ibarat mutiara di dasar lautan di mata seorang lelaki yang jujur.


Biar bersikap memilih (yang sewajarnya) daripada tersalah pilih. Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang terzahir daripadanya." (An-Nur : 31)

Terkadang kita tercari-cari di mana matahari buat kita, disusuli pula guruh, petir, kilat buat kita. Tetapi percayalah selepas hujan, Allah telah menyediakan pelangi buat kita… renungkanlah…

4 comments:

dyla ^_^ said...

nice post...terharu...
dila tinggal jejak kat sni ^_^
dtg2 la blog dila keyh
http://dylaris.blogspot.com/

♥ Princess ♥ said...

terima kasih atas peringatan..huhu..org bujang kena baca ni...hehe

suha said...

semoga iman kite sntiase terpelihara (^_^)

niena shopping2u said...

:) InsyaAllah