Friday, June 17, 2011

Durhaka pada ibu bapa?

Satu berita yang kurang enak dibaca.. rasa cam nak cabut je biji mata ni bila terbaca pasal ni kat Harian Metro tadi.. sakit hati.. geram !dan sebagainya.. YaAllah, sampai hati dia wat camtu kat mak dia.. pastu try bukak SINI plak..

Sanggup halau ibu bapa sendiri demi isteri? ni namanya anak buang ibu.. sedih sesangat, tetiba teringat kat ma kat rumah.. menderhakai ibu bapa adalah termasuk dosa-dosa yang besar.  Allah dan sekelian para malaikatNya akan mengutuk anak yang menderhakai terhadap kedua ibu bapanya.

Anak-anak yang menderhakai terhadap kedua orang tuanya maka Allah akan segera membukakan pintu-pintu neraka untuknya. Jika kedua ibu bapanya merasa terlalu kecewa dengan sikap kita lalu berdoa maka doa keduanya akan segera diperkenankan oleh Allah.

Allah tidak akan menerima amal ibadat sama ada yang fardhu mahu pun yang sunat dari seorang anak yang menderhaka terhadap kedua orang tuanya.
.

Sedangkan berkata "ahhhh.." pada mereka pun dah dikira derhaka.. apa lagi kalau menghalau..? Ya Allah.. perlu diingat.. dosa menderhaka ibu bapa akan dibalas di dunia..

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." 
( Surah Al-Isra' ayat 23-24 )
Semua dosa ditangguhkan oleh Allah (seksaannya) mana-mana yang dikehendaki-Nya sehingga ke hari kiamat, melainkan dosa kerana menderhaka kepada dua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah akan segerakan seksaan dan azab ke atas pelakunya ketika hidupnya, sebelum mati.” (Hadis riwayat Thabarani dan Hakim)

4 comments:

diana said...

sayAng BINI ..
sayang sampai jadi hamba bini tu yang bahaya tu..

Atiqah Wadiah said...

smpy nyer hati dorg halau..harap2 sy x jd cam dorg in future..minx jauhkan..amin..

azam said...

bini pun satu hal......hehehe
tak baik nanti anak² pun buat camtu...ingat

suha said...

moga kita sntiase trpelihara dr berfikiran sebegitu (^_^)