Monday, June 13, 2011

Ego itu sifat syaitan..

Kita dilahirkan dengan sempurna sebagai seorang manusia.. manusia adalah keturunan Adam dan Hawa.. kerana cinta mereka dan kuasa Allah maka adalah kita di bumi Allah.. seperti di dalam petikan surat Al-A'raaf dari ayat 10: 
"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan...."
Allah menciptakan bumi ini khas buat makhluknya.. kita di bumi ini sama sama belajar.. ya, kita sentiasa belajar.. ilmu kita tidak pernah cukup.. namun, ada yang menyangkakan ilmunya itu sudah cukup menggunung.. dan kedekut lak tu nak kongsi ngan orang.. takut kurang kot? ada gak yang punya ilmu.. tapi bila orang yang danggapnya bodoh menegur.. dia rasa tercabar sedangkan orang tu memang benar.. mula lah timbulnya sikap riak dan ego..

Ego adalah sikap syaitan laknatullah.. syaitan yang tugasnya menyesatkan manusia.. Allah murka terhadap syaitan kerana sikap egonya yang tid3ak mahu bersujud kepada Adam.. kerana dia bajet best.. diperbuat daripada api.. sedangkan Adam dari berjenis jenis tanah.. dia bangga dengan kejadiannya lalu Allah berfirman:
"Turunlah kamu dari surga itu; karena kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina." (Al-A'raaf:13)
Begitulah egonya sikap syaitan itu.. jadi, jauhilah sifat itu.. sesungguhnya sikap ego itu adalah perkara yang dibenci oleh Allah SWT.. sifat ego tu hanya merugikan diri kita sendiri.. wallahualam..

3 comments:

Semut Senyum said...

Subhanallah, Maha Suci Allah...
daripada kita datang, kepadanya kita kembali... Terima kasih atas entri yang mengingatkan saya tentang EGO..

sila la ziarah tanah saya :
http://semut-senyum.blogspot.com/2011/06/bacaan-dalam-solat.html

liyana said...

nice entry...

semoga kita dijauhkan dari sikap ego

n.asha said...

peringatan yg baik. =)