Friday, June 17, 2011

Golongan mana yang dikasihiNya ?

Bangsa cina, india, melayu, kadazan, dusun, mat saleh, wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hambaNya. Jika seseorang wanita beriman dan beramal salih dia diganjar Allah dan diletakkan di tempat yang tinggi. Dalam surah Ali-Imran petikan ayat 195 Allah berfirman yang bermaksud: "..... Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal di antara kamu baik lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain"

Kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya kepada Allah. Berhubung dengan ini, di dalam surah Al-Hujurat petikan ayat 13 Allah berfirman: "...sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu."

Jadi.. kita manusia sama di siniNya.. yang membezakan hanyalah amalan kita yang dilakukan dengan keikhlasan sahaja.. jadi, orang yang beramal salih dan dikongsikan ilmunya bersama orang lain.. maka, Allah menjanjikan ganjaran yang istimewa buatnya..

4 comments:

Jahidih Saili said...

trm kasih..:)

Jiji-Fify said...

entry yang seswai pada hari jumaat yang mulia ni.. :)

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

Hamba Ilahi said...

salam kak, pandangan saya, yang membezakan di antara manusia bukanlah amalan di antara mereka, tetapi keikhlasan mereka dalam beramal.

"di antara kamu siapakah yang BAIK amalannya" Al-Mulk ayat 2, baik amalan tak sama dengan banyak amalan.

er, saya nak ajak tukar feed blog. untuk 2 minggu.

saya tunggu jawapannya.

:)

Bella Bell said...

tazkirah di hari jumaat.. terima kasih untuk peringatan ni.. like it :)