Monday, June 27, 2011

Hari Isnin yang ceriaaaaa...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada yang bukan muslim.. apa khabar semua? ceria tak hari ni? urm.. mod hari Sabtu dan Ahad masih rasa lagi ni..

Sila kerja dengan penuh semangat ok.. bagi sektor awam, masing-masing dah dapat gaji.. dan bagi sektor swasta pula, tinggal berapa hari lagi.. harap bersabar ye..

Kita adalah seorang insan, setiap insan mesti inginkan kejayaan dan kemenangan, tak kira lah dari segi apa pun kan..?


Pendek kata, setiap apa yang kita buat dengan ikhlas ke jalan Allah SWT.. itu adalah satu kemenangan buat kita.. kita ini Insan, Insan adalah makhluk yang diciptakan dengan beberapa persediaan keupayaan untuk hidup seperti keupayaannya untuk berdiri tegak dan bergerak, bertubuh badan sempurna dan berakal, berakhlak mulia dan daya berbahasa yang mudah difahami.

Insan adalah makhluk ciptaan Allah SWT.. ia berasal daripada tanah hitam yang kemudian melahirkan generasi demi generasi silih berganti melalui air yang hina (mani)..

Jika kita sedar yang diri kita itu asal dari hina.. maka janganlah kita menghinakan diri kita.. hargailah kenikmatan yang kita terima sekarang.. selamat memulakan tugas (^.^)

6 comments:

nurAMALLINA said...

Amin :)

Cik Bucken said...

ari ni ujan :) ujan rahmat :)

Lulu Caldina said...

selamat bertugas :)

Bui Idzra Ryn said...

wah,bersemangat baca entry ni..

Anum said...

amin

Syazwan said...

bekerja adalah satu ibadah!