Tuesday, June 14, 2011

Hidayah.. itu milik Allah dan diberikan pada hamba terpilihNya

Hidayah ..apakah Hidayah ? adakah satu nama yang sering dipanggil panggil? Hidayah binti Abdullah ??
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125)
Hidayah diberikan hanya kepada insan yang dikehendakiNya.. namun, marilah kita menyucikan diri.. menadah tangan pada ilahi serta memohon padanya agar kita dijadikan hamba yang terpilih untuk menerima hidayah dariNya..

Semoga kita tergolong dikalangan hamba yang sentiasa menerima segala ketentuan serta taat dalam melaksanakan perintah harianNya.. laksanakan 5 kali panggilan cinta Ilahi dengan ikhlas dan bersyukurlah dengan setiap yang kita ada kini..

2 comments:

♥ Princess ♥ said...

ameen.....semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita

mas saari said...

insyallah...amin!