Thursday, June 30, 2011

Ibu bapaku buta huruf..

Ada sepasang suami isteri yang mempunyai ramai anak.. pasangan suami isteri itu buta huruf, tak tahu membaca.. si suami pula kurang waras tapi rajin bekerja, hanya mengayuh beca je yang mampu dia buat..

Kehidupan mereka sangat sukar.. tapi dengan berkat rezeki yang halal, anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Semuanya jadi jurutera, doktor.. ibu bapa mereka langsung tidak tahu membaca.. tapi mampu mendidik anak hingga ke manara gading..

Kehidupan pasangan itu berubah.. duduk rumah, goyang kaki.. kerja semua maid yang buat.. anak serta menantu  melayan mereka berdua dengan baik sekali.. kata si anak, dia ingin melayan ibu bapa mereka ibarat berada di syurga.. ingin melayan dengan baik sekali.. indahnya layanan yang mereka ingin berikan.. 

Kisah ni merupakan kisah benar, mak saya selalu ceritakan.. pasangan suami isteri tu kini sudah tiada, mula-mula pakcik tu yang meninggal.. selang dua bulan kemudian, tiba giliran si isteri.. dia juga dijemput Ilahi..

Saya sangat kagum dengan kisah tu.. bagaimana si ibu dan si bapa yang buta huruf lagi kurang waras.. mampu menjadikan anak mereka berjaya..? kenapa? sebab rezeki mereka itu halal.. dan anak-anak itu menjadikan kesusahan yang mereka lalui sebagai satu jalan untuk mereka berjaya.. mereka setiasa menginsafi dari mana asalnya mereka.. hanya Allah SWT yang mengaturkan segalanya..

ok.. saya promosi blog ini untuk semua ..
tak rugi berkenalan dengan dia..
jom kita sama-sama bertegur sapa ye..

*bintanghatiku*
Kalau ada nak belajar bahasa Sabah.. boleh ke sana..


10 comments:

muhamad hanif said...

ok bah kalau kau..

HAHAHAH

nawal addina said...

nak g terjah laa ^^

fa said...

ya allah.. byk yg kak niena sampaikn dkt sini..
1. rezeki
2. parents
3. berpijak di bumi yg nyata
4. anak2 yg tidak mengambil kekurangan utk berputus asa..

thx kak niena :)

nurAMALLINA said...

Terharunya baca, :'(

PeRmAtA bIrU said...

mmm... bestla cerita ni.. banyak pengajaran... :)

cik pha said...

bangga rasanya dengan wujud ibu bapa y bersifat sderhana..tapi kelebihanya luar biasa

Syuxer said...

itulah kuasa keberkatan halal..:)..biarlah ciput asalkan dari sumber halal insyaAllah perjalanan zuriatnya akan bertambah lurus dan dipayungi oleh rahmat Allah s.w.t

Pojiekyra said...

family kyra pon cmtue gak dlu:D bezanya mak n abh still dpt bca ag cuma xdpt abiskan zaman skolah dorang jew..sebab susah..tp alhmdulillah abg2 berjaya dorang da ley dok rehat:)

syrupmasin said...

wahh..hebad tuh dpt didik anak smpai jd mcm tuh sekali..

aizamia3 said...

boleh jadikan teladan untuk anak-anak..