Thursday, June 16, 2011

Jangan gunakan bahasa skema bila ber'blog ?

Erm.. ada orang gitau saya.. bahasa saya guna tu skema.. pastu tulis sesuatu benda tu ngan penuh ngan takde short.. tak enjoy bila orang baca.. ye ke ?

Ntah.. yang saya tahu, bila kita nak search sesuatu kat google atau yahoo.. kita akan taip cam ni kan? "kata-kata orang tak baik.." bukan cari "katew-katew owang tak bek.." atau "aku suka makan durian.." dengan "aq skew mam duyan.." ..erk.. nak sebut pun berbelit lidah..

Kata-kata saya ni skema eh? hehe.. memang la.. saya ni dah tua.. nak masuk 25 da pun.. so orang-orang tua seabad kami ni suka guna bahasa yang senang kot..? kan.. kan? ke ada yang tak setuju..?

Pada pendapat saya la kan, contoh blog Ben Ashaari atau JLo Zulaikha.. mereka gunakan ejaan yang senang.. ramai je orang baca blog dia.. lau saya lak, bila jumpa orang yang gunakan bahasa yang camni.. saya akan terus close tab sebab saya memang tak paham amenda.. lagipun Ben Ashaari penah cakap benda ni.. gunakan bahasa yang mudah di fahami..

So.. kepada anda-anda yang telah cakap camtu trimas bebanyak.. bagus kritikan tu tapi, ni jawapan pada kritikan anda.. "okey..kitew stop here, kitew nak mamam nasik.. sambil baca n3"

10 comments:

munirah said...

erm.. tak faham bila orang cakap guna ejaan yg penuh tu adelah skema.. isk. betul tu.. kalau org tulis entry gune short ejaan, mmg takde feeling nak bace...

nuhara said...

:) betul2 sokong jer

shopping2u said...

urm betul tu.. kalau nk ubah ejaan pun biarlah bertempat kan..

Syazwan said...

sangat setuju..
kebiasaanya, blogger yang guna short form dan ayat yang konon-kononya stylo dan manje tu terdiri dalam kalangan pelajar sekolah dan baru nak start blogging..mereka tak pentingkan content..mereka rasa cara macam tu stylo..padahal tak pon..
saya, bila tengok perkataan macam tu..terus tak ada mood nak baca.

Erin Lutfi said...

betul betul betul! blogger = writer ! so, kita kena agungkan bahasa malaysia! bukan rosakkannya~ :)

dAk EyTy ThOmeL said...

setuju giler,,,ayat2 sekarang ringkas sangat sampai payah nk pahm...

suha said...

cik suha suke tulis penuh2 (^_^)

M Fizan said...

hahaha..orang macam tu tak matang.......tulis untuk dia sorang faham...

shopping2u said...

hehe.. tu la pasal..

MEKAR said...

sya pun suka tulis penuh. kalu terlampau short sgt, boleh buat kita tak faham