Thursday, June 30, 2011

Jangan memandang rendah pada orang..

Kira-kira 19 tahun yang lepas.. di satu petang ada dua beradik bermain-main di tepi jalan.. sedang si abang memimpin tangan adiknya, si abang ternampak ada satu objek bewarna coklat.. dia mencapai objek itu, dibeleknya objek itu .. rupa-rupanya dompet yang dipenuhi puluhan ringgit.

"woi.. kau mencuri ye budak..???" bunyi suara seorang wanita yang datang dari arah belakang.

"Tak.. kak.. sa.." belum sempat si abang menghabiskan kata-katanya, wanita itu terus mengherdiknya tanpa belas kasihan.. si adik hanya mampu memandang , dia masih kecil.

Kejadian tu telah dihebohkan kepada penduduk kampung.. mereka dipandang hina, mungkin kerana kemiskinan mereka itu, orang kampung percaya mereka melakukan perbuatan itu. Kemana mereka pergi pasti diejek oleh rakan sebaya, orang tua pun sama. Demi memuaskan hati penduduk kampung, ibunya memukul si abang di khalayak ramai.

Satu hari.. sambil menggali ubi kayu di kebun, si ibu berpesan pada mereka berdua.. "abang.. adik.. belajar rajin-rajin, bila dah berjaya, takkan ada orang yang akan menghina kita lagi.. biar kita miskin harta.. jangan miskin ilmu, jangan jadi macam mak.. mak bodoh, mak tak pergi sekolah.. mak nak anak-anak mak berjaya.." walaupun masih kecil.. mereka memegang kata-kata itu..

Doa orang teraniaya tiada temboknya.. berkat doa si ibu.. anak-anak itu berjaya. Kakak mereka yang lain terpaksa mengorbankan cita-cita demi memberi laluan buat mereka berdua.

Kini, si abang itu telah 4 tahun berjaya menghabiskan pengajiannya di universiti di Jepun dan menjadi pelajar terbaik di sana. Manakala si adik hanya melanjutkan pengajian di Universiti tempatan sahaja.

Orang yang menghina mereka itu..? anaknya menjadi seorang penagih dadah. Ramai penduduk kampung yang menghina mereka itu terlibat dengan najis dadah.. kini, apabila pulang ke kampung.. mereka berdua dipuji.. disanjung.. ada yang tak malu nak minta di tolong..

Begitulah dunia.. bila miskin, tiada harta.. diherdik.. di hina, di caci… tapi kalau mempunyai kedudukan yang senang?? dimuliakan.. ingat, jangan sesekali memandang kelemahan orang.. mungkin satu hari nanti orang yang kita caci itu akan menjadi pemimpin kita..

10 comments:

Sabihah said...

sudah jd adat didunia..yang penting, kita tak lupa asal usul kita...^_^

p/s : menitis plak air mata baca entry ni...huhuhu

hanaahmad said...

tula lumrah niena. aku pun pernah dipandang rendah. skg, alhamdulillah walaupun tak berjaya mana tapi masih boleh membanggakan keluarga. buat baik dibalas baik niena. moga Allah merahmati kamu. :)

*aku tadi pun tak boleh komen dan sign in blogspot. kalau kau pakai mozilla, ko pergi ke tools then klik kat clear recent history pastu tick kat cookies. cuba try niena. :)

Ku Azhar said...

terbaeekk! dlm dunia nie kita mcm hidup atas roda..kejap atas kejap bawah..sntiasa berprasangka baik dgn org..insyaallah org akan buat cmtu kt kita btl x kak! :D

Shuk_ArChie said...

Terharu (T_T)... saya sangat mengerti pengalaman anda.. tapi saya x nak share lagi... belum masanya... hm... tahniah sbb dpt kejayaan! anda telah memberi semangat untuk saya.. thank you! :) very very much sebab kongsi...

arfah said...

entry yang terbaik!!! :)

fa said...

T.T
entri ni byk memberi pengajaran..
thx kak niena.. :)

visitme@FaTiN cOrNeR said...

sedihnya..

tulah org ckp kita jgn mnghina org. sedangkan diri sendiri pn belum tentu sempurna..

Allah tu Maha Adil..

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...kita belajar dari pengalaman yang lalu...orang yang pernah susah lebih mengerti tentang hidup!

Pojiekyra said...

camtue la tempat kyra...kaka niena taw x dorang mmg suka kata mngata hmm

Pojiekyra said...

camtue la tempat kyra...kaka niena taw x dorang mmg suka kata mngata hmm