Monday, June 13, 2011

Jauhi sikap buruk sangka.. hanya merugikan kita..

Sikap buruk sangka ,hasad dengki atau iri hati tu sebenarnya perkara yang lebih kurang ada pada diri orang yang sama.. tak salah kalo kita nak cemburu pada orang tapi cemburu tu bukan nak menjatuhkan orang.. tapi cemburu untuk jadi sepertinya.. jadikan dia contoh dan bukan nak menjatuhkan dia..

Allah SWt telah mengharamkan hambaNya dari mempunyai sikap buruk sangka pada sesama mukmin, kerana tu leh menyebabkan timbulnya fitnah.. bukan je antara orang tu tapi antara orang lain jugak.. apa guna kita nak buruk sangka pada orang ni ye.. ia hanya mewujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui dan membenci..

Allah mengharamkan juga segala unsur fitnah ,ini telah ditegaskan di dalam Al-Quran dan hadis Nabis SAW, sebagaimana firmanNya:
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.." (Al Hujuraat:12)
Jadi .. fikirkan kembali, orang yang kita dengki tu tak dapat apa.. silap silap segala amal  yang baik kita buat haritu free je dapat kat dia.. kan? dan manusia diciptakan dari pelbagai bangsa untuk sama sama mengenali.. sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kita di sisi Allah hanyalah yang paling bertakwa kepadaNya.. 

2 comments:

Jahidih Saili said...

inna akramakum indallahi atqakum..:)

mg kt dijauhkan dr sifat berburuk sangka..

mas saari said...

sentiasalah bersangka baik..