Saturday, June 11, 2011

Jom rancang kematian !

Tajuk amenda la ni ye? hurm.. tapi tak salah kan? dari post entri yang merapu rapu baik post benda ni.. nak tanya, semua dah rancang kematian? semua dah ready untuk mati? gulpp.. mati? sape yang nak mati? hurm.. saya pun takmo mati.. ada sesapa yang rela mati untuk harini?

Okeh.. tanpa banyak melalut meh kita berbicara pasal kematian.. kematian tu adalah sesuatu perkara yang pasti, suma orang akan rasa kematian.. sama ada secara ekspres atau tak je.. Rasulullah bersabda bermaksud ;
"satu hari nanti, kamu semua akan dikerumuni musuh, seperti semut mengerumi makanan" lalu sahabat bertanya.. "Apakah kami sedikit ketika itu ya Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab.. "Tidak, ketika itu bilangan kamu ramai.. tetapi kamu seperti buih di lautan, Allah akan membuang rasa takut di hati musuh kamu dan mencampakkan kegerunan di dalam hati kamu. Hati kamu sentiasa dihinggapi penyakit whan." Sahabat sahabat bertanya lagi "apakah Wahn itu ya Rasulullah" lantas baginda menjawab "Cinta dunia.. takut mati.."
Bila kita terlalu mencintai dunia, maka kita akan takut untuk mati.. jadi.. takut ngan segala kesenangan di dunia  ni akan terputus, ada kereta.. ada motor besar.. ada blog, ada pesbuk dan lelain lagi... sejauh mana kita larikan diri maut tetap menghampiri kita..

Jadi.. persediaan untuk kita bawa ke sana adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat untuk kita dan orang lain serta doa anak yang soleh .. alam kubur itu sebenarnya lebih indah dari dunia jika kita bawa ketiga tiga ini.

Mati itu ada dua jenis;
  • Husnul Khatimah (penamat yang baik) iaitu kematian yang beriman kepada Allah..
  • Su'il Khatimah (penamat yang buruk) penghujung hidupnya adalah ingkar terhadap Allah SWT..

6 comments:

Jahidih Saili said...

uridu an amuta bi su'il khatimah..insyaAllah..

Jahidih Saili said...

SALAM PERKENALAN :)

h[a]ni$ said...

very nice entri...

syuwai said...

membalas singgahan kat sini lak ^^

d'HeLL said...

The fear of death follows from the fear of life. A man who lives fully is prepared to die at any time. ~Mark Twain


(^___^)V
Peace!

Miss Ran said...

ade buat gak entry sal mati

lom publish