Saturday, June 4, 2011

Kita menuju ke arah negara islam yang ...

Kena tak dengan tajuk kat atas tu? bab kata ******** kita.. islam ini agama yang simple.. huh.. memang sempoi dan simple sangat lah kita ni kan..

Agak terkejut tengok video klik lagu Malaysia tadi.. Astaghfirullahalazim, mengucap panjang.. rasa sedih sangat.. tapi tu lah, industri muzik kita dah semakin maju, saya tak kesah kalau itu aksi Lady Gaga, Britney Spears atau artis kita yg non-muslim.. tapi saya kesah kalau itu adalah umat Islam..

Aksi itu memang amat amat menggairahkan.. mengiurkan.. gaya pasangan itu melakonkan aksi mereka sangat menggoda, saya yakin dengan video klip tu akan membuatkan cairnya iman seseorang .

Cuba bayangkan jika pasangan kekasih yang menonton aksi yang panas tu, takde orang.. agak agak dia nak try tak? mula mula try gaya macam tu lak pastu terlebih try la pulak..

Mungkin orang lain boleh terima tapi otak saya kolot.. yess, saya mengaku.. tapi itu pandangan saya.. blog saya dan suka hati saya nak tulis apa.. kalau ada tak puas hati saya minta maaf.. pandangan setiap orang berbeza..

Tapi ingat.. kita ni negara Islam, jika orang Islam yang melakonkan aksi panas tu.. manakah negara Islam kita.. bila ada kes rogol sana sini.. mula la kita nak kecoh.. tu lah punca punca nya.. nak try...

3 comments:

kiwi said...

islam hanya pada nama. kelakuan tidak melambangkan agama. bila ditegur mula lah nak melatah

cayrol said...

sy setuju sgt, kita sendiri yg merosakan agama kita...
semoga kita sentiasa diberi hidayah daripadaNYa.

shopping2u said...

Amen.. harap2 mcm tu..