Tuesday, June 28, 2011

Lagi berita pembuangan bayi



KOTA BHARU 27 Jun - Kejam! Begitulah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan mengenai ibu bapa yang tergamak membuang bayi mereka yang masih hidup di kawasan semak berhampiran tali air di Kampung Permatang Machang dekat sini, hari ini.

Mujurlah si kecil yang dalam keadaan masih berdarah di seluruh badan serta bertali pusat itu ditemui penduduk kampung, Mohd. Satar Mohd. Ali selepas terdengar rengekan bayi malang tersebut ketika melalui jalan itu pukul 11.30 pagi.

Ketika ditemui bayi seberat 2.8 kilogram itu diletakkan di dalam sebuah beg kertas sebelum dibuang di kawasan semak setinggi lebih satu meter dipercayai untuk mengelak orang ramai menemuinya.

"Saya berjalan kaki untuk balik ke rumah dari bengkel motosikal. Ketika lalu di kawasan itu tiba-tiba terdengar bunyi rengekan lalu saya segera memeriksa kawasan semak tebal itu. LANJUT>>>

NIENA: macamtu lah manusia yang sekejam syaitan... saya tak pernah tengok binatang yang buang anak.. manusia macam ni lebih teruk dari binatang..

1 comment:

Ku Azhar said...

eh...statement manusia lbh teruk dari binatang tu mcm pelik je...huhuhu ku pn lg teruk ka? hehehe

tp btl la...BODO tul org yg buang bayi tu kn3 :p