Monday, June 13, 2011

Nora Elena punya hal

Santai Bersama BEN ASHAARI

nak join sila klik SINI..


Yvonne cuba ingin merampas cinta Seth kembali.. Seth tidak sedikitpun termakan dengan pujukan rayu wanita itu. Yang terbayang dimata Seth hanyalah Nora Elena, isteri yang yang dicintai dan seorang wanita yang telah merubah jalan hidupnya. Impi dan angannya untuk mendapatkan kembali Nora tidak pernah tewas..

Elena bangun dari tidur, dia bertekad untuk mengadu pada Ilahi.. dia sedar akan dosanya meninggalkan rumah tanpa izin suami namun apakan daya, dia tidak mampu untuk berhadapan dengan semua itu. Jauh di sudut hati kecilnya terbayang wajah lelaki yang pernah menodainya suatu ketika dahulu.. dan lelaki itulah yang telah menjadi raja di dalam hatinya kini. Pada malam itu dia hanya mengadu dan terus mengadu sehinggalah subuh keesokan hari.

Azan subuh di Masjid berhampiran telah mengejutkan Seth dari lena nya. Seth membuka mata dengan malas, selepas beberapa detik barulah dia sedari yang Nora Elena tiada disebelahnya.. yang dianggapnya bermimpi semalam ternyata benar belaka. Satu panggilan diterima (bukan panggilan hangit dari HOT fm ye).. tapi panggilan dari Ins Amir.

"Hello.. Seth, Nora Elena dalam bahaya.. kawan dia cakap hanya ada jumpa nota kecil di atas sejadah..." mata yang mengantuk menjadi segar.. masa ni la dia nak tunjuk heronye..

Seth tahu, pasti ini angkara Yvonne. Takde orang yang bangang selain dia. Nora Elena diculik dan Seth tahu mesti ada rancangan yang dirancang kemas oleh wanita yang gilakannya itu. Dipendekkan cerita Seth pergi mendapatkan Yvonne dengan muka bajet hensemnye.. tapi Yvonne meminta tebusan agar dirinya dinikahi oleh Seth.. mula la aksi kejar mengejar.. lalu Yvonne terjatuh ke dalam tangki najis di sebelah rumahnya.. maka tamatlah hikayat hang Yvonne..

Seth ngan muka bangganya telah mendapatkan Nora Elena, dia memeluk isterinya itu dengan  erat sekali. Ins Amir yang baru tiba muncul di muka pintu sambil putih mata..  Cam biasa la, mesti la dia bawak balik bini dia.

10 tahun berlalu .. mereka kini sangat bahagia. Insp Amir lak tak kawin kawin lagi.. katanya nak buat stok untuk Nora Elena kalau kalau Seth Tan dah takde. Bagi Seth dia sangat bersyukur sebab mempunyai keluarga harmoni dan ceria..

"terima kasih kerana sayang sudi membuka pintu hati untuk abang.." Seth mengusap pipi lembut milik Nora Elena sambil diperhatikan anak ke limanya..

"Eee...papa.. tak malu..." sambil tutup mukanya dengan tangan kecik yang direnggangkan jarinya. Seth wat dunno jer..

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

-NI MAIN TIBAI JE YE SEBAB SAYA TAK TENGOK CITER TU-

7 comments:

whitelover said...

nora elena punye hal :P

Scarlett O'Hara said...

Hensem lagi En ben kita dari Seth tan.Betul tak? =)

TeAqArH said...

penangan nora elena

Abg Yen said...

benci yvone...lawak cite ni

| Princess Diary | said...

citer yg best laa.. hahaa :D

Lieyly ︱ Alia said...

hang yvone , ahaha ! :D
best2 !

sHaFikA ShaHARuDDin said...

haha.. obses with nora elena.. :P