Wednesday, June 8, 2011

Poligami.. best atau tak best..

Takde satu wanita pun rasanya sanggup berkongsi kasih atas muka bumi ni.. tapi tak semestinya mereka menolak poligami..  poligami ini hukum asalnya adalah harus dan sama gak macam hukum yang lain yang berubah mengikut keadaan.. ada masa menjadi wajib, haram dan sunat..

Dalam agama telah dimaklumkan bahawa hukum poligami itu adalah harus tapi dengan bersyarat.. bukan main redah je, iaitu yang pertama kena berlaku adil.. cukup nafkah dari segi zahir dan batin dan lelain lagi..

Apabila suami tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya maka jatuhlah haram ke atasnya tapi bukanlah haram keseluruhannya sampai menafikan hukum harus yang terdapat dalam Nas Al-Quran..

Camana pula bagi mereka yang menolak hukum poligami ni? sampai buat kelab.. erm.. isk, hukumnya haram sebab kita dah tolak sunnah.. kalau takmo jangan la sampai wat kelab camtuh.. tapi ada lak lelaki yang nak kawin lain gunakan alasan "tu sunah nabi.." erk..?? tak solat.. tak puasa.. sunah tu mau ikut pula.. sedangkan kaum lelaki kena faham apakah tujuan poligami..

Ini lahir dari hati saya yang ikhlas, saya nak suami saya kawin lain tapi dengan bersyarat.. bukan saya nak harta dia tapi syaratnya saya yang pilih.. saya takmo ada orang yang mengalami nasib semacam yang bonda saya pernah lalui dulu.. perit.. saya dah rasa jadi anak seorang janda.. saya tahu macam mana.. (tapi saya dulu tak bagi mak kawin lain sebab saya takut mak tak sayang saya lagi..)

Tak semua orang mampu berlaku adil.. tapi macam mana pun kena mencuba, seorang lelaki yang berpoligami seharusnya menggunakan kebijaksanaan untuk melembutkan hati si isteri.. dan jangan sesekali mengucapkan rasa sayang dan cinta terhadap wanita lain (isteri yang lain) di hadapan isteri isteri yang lain.. tak sanggup wOoo..

kalau tak yakin.. tanya abg SY kite.. hehehehe

5 comments:

Anonymous said...

nice entry

matahari said...

nice entry..betul tu..bukan semua org boleh berlaku adil..tapi kadang2 yang terjadi sekarang ni..yang tak berkemampuan pun nak pasang 2 , 3
sedangkan isteri yang penat bekerja...haish~

Farah Fazen said...

nice entry :)

Kalamhati said...

yg ni kena tanya kaum adam..hehe

akan jd best bila ada keadilan..akan jd masalah bila tidak mengikut apa yg sepatutnya..

NoEn said...

no komen..hmmm if saya mcm xsanggup jer..tp klo husband nak jugak dia mesti kemukakan alasan2 konkrit yg leh diterima akal...huhuhu