Wednesday, June 22, 2011

Remaja putus jari dapat RM27,500




ALOR SETAR 21 Jun - Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan tiga yang lain bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM27,500 kepada seorang remaja berusia 15 tahun, setelah didakwa cuai membuang sebahagian jari remaja itu yang terputus semasa mengopek kelapa, empat tahun lalu.

Keempat-empat defendan itu bersetuju membayar ganti rugi tersebut dan kos kepada Muhammad Shaeidil Amir selaku plaintif yang diwakili peguam Simon Murali, sebagai penyelesaian kes saman tersebut di luar mahkamah.

"Kedua-dua pihak telah bersetuju dengan perkara ini dan kami tidak ada sebarang tuntutan lain serta ingin mahkamah mengesahkan perkara ini," kata Simon di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Maznah Abdul Aziz kemudian merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak terbabit. Muhammad Shaeidil hadir di mahkamah bersama ibunya, Zuraiza Omar, 39, manakala pihak defendan diwakili oleh Peguam Persekutuan, Adlina Nujumudin. LANJUT KLIK SINI>>>

1 comment:

pena rozie said...

Can ner boleh buang????