Saturday, June 18, 2011

Saya nak jadi seperti ini..

saya nak jadi seperti pelangi.. cantik.. indah dipandang namun tiada siapa mampu menggapai.. pelangi duduk tinggi di langit.. orang ramai kagum dan gembira.. tersenyum apabila ia muncul di langit terbentang luas ciptaan Allah yang satu..

Saya nak jadi seperti mawar berduri.. yang harum.. boleh melukakan jari jika ada yang ingin menyentuhnya.. tetap mekar indah mengembang di dalam taman larangan..


Saya tidak mahu jadi seperti rama-rama, cantik.. indah dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan yang tidak sewajar hinggap pada tubuhnya. Sekali sentuh, musnah coraknya, dua kali sentuh habis hilang corak cantiknya. Tiga kali sentuh koyak sayapnya lalu jatuh ke tanah.


Peliharalah keindahan dirimu. Jangan sesekali membiarkan yang bukan hak sepatutnya memegangmu sebelum yang benar-benar berhak menyentuh dirimu..

Saya nak jadi wanita solehah.. anak yang solehah, isteri yang solehah.. yang tahu menjaga kehormatan dirinya.. serta ibu yang mithali.. dan saya sentiasa berdoa.. agar suatu hari nanti.. 

5 comments:

AdyBudika said...

takmo T.T sedih tau bila ingat pasal pelangi.. ada seseorang pernah tujukan lagu masa zaman muda2...huhuhuuh http://www.youtube.com/watch?v=wV0VdMLdpk0

Nizam Ijam said...

jom letak nizam ijam dalam bloglist...saya da klik nuff awk..hope awk pun sama

PeRmAtA bIrU said...

seronok kata2 ini.. sebenarnya wanita itu biarlah seperti pelangi.. cantik dipandang.. sukar dicapai... biar juga seperti mawar.. harum baunya tapi bisa mempertahankan diri... dan terbanglah seperti rama2... cantik tapi jagan disentuh.. sebab wanita itu sangat rapuh sebenarnya... huhuhu..
saya folower ke 700 tau..

suha said...

insyAllah..amin(^_^)

tp bg cik suha,awk tetap katak hikhik

niena shopping2u said...

cik suha ni mmg suka mkn katak eh hehehehe