Monday, June 20, 2011

Selamat pagi.. bagaimana iman kita hari ini?

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada reader yang non muslim...

Hari ni merupakan hari Isnin.. mesti muka masing-masing masih mod hari Sabtu dan Ahad kan..? macam tu jugak lah pemilik blog ni.. bangun pagi tadi Ya Allah, kenapa lah air tu sejuk sangat, rasa macam nak beku tapi gagahkan diri untuk mandi !!

Sekarang dah tiba di office.. ambil semangat dengan update blog sebelum memulakan kerja.. sambil tu juga buka akaun NUFFNANG, Alhamdulillah, NUFFNANG tidak menghampakan saya, jumlahnya biarlah dirahsiakan ..

Bagaimana dengan iman kita harini? cuba letak telapak tangan kita di dada dan tanya pada diri sendiri, dari manakah kita datang.. apa tujuan kita dilahirkan di alam maya ini dan kemana kita akan pergi selepas ini.. ??

Dan nilai sendiri jawapan kita itu.. syukur kita masih diberi peluang untuk hidup, itu tandanya Allah masih berikan kita peluang untuk kita top up iman kita ini.. jangan biarkan ianya rapuh dengan kemewahan duniawi yang sentiasa menyesatkan kita andainya kita terleka..

Selamat memulakan tugas kita dengan ceria .. (^.^)

Niena: hari ini sesuai memakai pakaian yang berwarna putih.. kerana putih itu bersih, ianya akan merangsang semangat kita untuk mencetuskan idea dan melahirkan keazaman yang baru.. bayi yang baru lahir juga sering dikaitkan dengan kain yang putih kerana ianya masih bersih.. JADI.. !!! jangan cemari hari-hari kita ini..terima kasih NUFFNANG .. dan terima kasih kawan-kawan sebab sudi singgah di blog cap ayam saya ni..

3 comments:

Golden Rose said...

good day...semoga seminggu ni berjalan dgn lancar

Noh Kodiang said...

mulakan harimu dengan bismillah...
weeeeeeeeeeeeee.............

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

alhamdulillah... semua berjalan lancar setakat ni...

mulakan pagi Isnin dengan senyuman.. (^^,)