Monday, June 27, 2011

Sudah adat.. dah tiada baru nak di kenang..

Adat kita kan.. masa ada, kita abaikan macam tu je.. bila dah takde baru nak di kenang..?

Mengingatkan saya pada kisah sepuluh tahun yang lepas.. benda ni berlaku dalam keluarga terdekat saya jugak.. kisah anak yang mengabaikan ibu nya.. erm, sampai hati kan? sanggup abaikan orang tua sendiri..

Masa hayat wanita tua itu, 2 anak lelakinya tu langsung takde perasaan nak jenguk mak dia, mak dia ni dah tua.. jual sayur kat pasar, si anak ni keja best gak la.. yang sorang lagi tu cikgu.. bini dia tu ustazah..

Mak dia meninggal akibat strok.. masa tu baru la terhegeh-hegeh nak menangis.. apa guna lagi? orang dah takde.. yang sedihnya.. nak baca yasin pun tak tau.. YA ALLAH.. sedih betul..

Kalau derhaka pada ibu ni.. Allah bayar cash kat dunia, hidup mereka tu tak aman.. yang cikgu tu la paling mak dia terasa, sebab lebihkan isteri.. 4 taun lepastu isteri dia meninggal kena sakit taun.. dan dia terus sakit.. 3 taun sakit takleh nak kemana-mana..

Sekarang ni dia dah takde, meninggal sebab sakit ganjil tu.. moga Allah ampunkan segala perbuatannya yang tak elok tu.. saya kongsikan cerita ni buat renungan kita bersama..bukan nak umpat si mati tapi... sebagai peringatan buat kita, buat diri saya sendiri..

Selagi masih ada ibu.. berbaktilah pada dia.. tak rugi.. kita akan dapat ganjarannya.. jangan risau.. Allah tu adil.. dia maha penyayang, setiap kebaikan dan keburukan yang kita buat pasti ada balasannya.. saya sayang mama saya.. anda bagaimana?

1 comment:

Pojiekyra said...

mestilah sayang gak :)