Sunday, June 12, 2011

SY kata: tidak perlu kelab utk taat suami..

Tu kata Idola setiap kaum lelaki iaitu Salleh Yaacob.. takde la saya dengar sendiri apa yang dia cakap tapi terbaca paper hari ni ha.. Kata Salleh Yaacob “Isteri tidak memerlukan mana-mana kelab untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada suami kerana mentaati suami adalah perintah Allah semata-mata untuk mendapat keredaan-Nya..”

Saya setuju 100% ngan apa yang dia cakap tu. Jika suami kita tu tergolong dari golongan orang yang bertawakal, dia akan faham apa sebenarnya tujuan rumahtangga tu dan rumahtangga bukan untuk melepaskan nafsu semata mata, tetapi perkahwinan tu adalah satu jalan untuk mereka saling berkasih sayang diantara lelaki dan wanita dan bukan untuk kepuasan nafsu semata-mata.. jika suami kita tu masih tak sedar atau mimpi.. kita si isteri (erk..saya tak kawin lagih !) perlu mainkan peranan.. buat ngan ayat yang lembut.. pujuk dia, time tu la tunjuk romantik romantik sikit.. pastu doa pada Allah.. mudah mudahan lembutkan hati suami tu.. kelab melalut lalut ni tak  perlu okeh..

Bagi saya ramuan ini sudah cukup untuk seorang isteri, pandai menghias rumah, sering berbincang dalam apa jua perkara.. takde rahsia.. jaga hati suami dan berkata dengan baik.. takde  suara yang ganas ganas untuk suami tau ! dan jangan menyinggung perasaannya, gembirakan hati suami kalo dia dalam sedih ,kita lah pakar motivasi untuk suami.. biar dia rasa tenang bila dengar setiap motivasi dari kita ni, pastu sabar tu penting.. tanamkan akhlak yang mulia dalam menguruskan rumah tangga, bijak mengurus keluarga dan kewangan, menyenangkan hati suami tiap kali diperlukan (pepaham sendiri..) dan sentiasa mendoakan suami dan keluarga dia...

Kalau kita ikut yang tu InsyaAllah rumah tangga kita tu dah betul landasannya.. cuba tanya Ben Ashaari .. (apsal lak dia ada lam tajuk ni) dan kalau kita melanggar.. tak mustanil kita akan dapat hadiah dari suami yang paling menyakitkan bagi setiap wanita.. tapi madu tu best ape? hehehe.. dapat payung emas you !!

6 comments:

amer said...

entri yg paling bagus pernah sy baca :)

Muhammad Khairul Fahmi said...

setuju ngan entri ni...tak perlulah nak wujudkan kelab-kelab sebegini rupa...huhu

ishiko said...

^^

MEKAR said...

sejuk hati mendengar ulasan ini.

Cara tulis mcm dah ada pengalaman kawin. heh. (alah..pengalaman org lain pun kita boleh jadikan panduan kan!)

pst: semoga suatu masa nnti kamu dpt mjadi isteri solehah. take care

shopping2u said...

hehehe kak.. insyaAllah.. moga 1hari nnti jdi isteri yg solehah =.=

shopping2u said...

hehehe kak.. insyaAllah.. moga 1hari nnti jdi isteri yg solehah =.=