Saturday, June 18, 2011

Takdir itu rahsia Allah..

Lumrah hidup, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah, lebih tepat lagi hidup ini umpama roda. Adil kan? Semua orang akan merasa susah dan senang.. betapa beruntung pun seseorang yang dilahirkan dalam kemewahan pasti akan merasa satu dua kesusahan dalam hidupnya. Seringkali juga, apabila manusia menerima musibah, ketika itulah baru mereka tersedar dari mimpi yang panjang, mencari semula cebisan-cebisan iman yang hilang. Namun, apabila hidup mereka dilimpahi kejayaan dan kesenangan, terus, langsung mereka lupa pada Ilahi. Manusia, pada nama mereka itu sendiri tercatat makna LUPA, ALPA. Lemahnya kita.

Tidak kurang juga, ada juga yang apabila menerima dugaan, menyalahkan takdir. Layakkah kita,hamba yang lemah mempertikaikan soal takdir milik Allah yang mutlak itu? Bagaimana dengan janji Allah yang menyebut dalam satu surah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya mereka sendiri tidak akan mengubah nasib mereka. Bukankah ini bercanggah dengan konsep takdir yang tertulis di lauh mahfuz?

Perlu diingatkan di sini bahawa, segala-gala yang ada di dunia ini, milik Allah. Sudah tentu, Allah sebagai pencipta, tahu bagaimana makhluk-makhluk ciptaanNya ini akan bertindak dalam pelbagai situasi kerana segala ilham, wahyu, perasaan itu datangnya daripada Allah. Maka, tidak ada yang tidak terkecuali dalam kekuasaan Allah, bahkan tidak ada sehelai daun yang gugur pun yang tidak diketahuiNya. SubhanaAllah…

7 comments:

Nasriq said...

takdir tu pun haq allah...

Mohd Hazwan Hashim said...

perkongsian yang bagus :)

BlueberrY CheesE said...

alhamdulillah . Allah itu Maha Mengetahui. disaat saya memerlukan kata2 semangat dan perangsang, saya berjumpa dengan blog awak. terima kasih. ya, kita sebagai hambaNya perlu redha dengan setiap dugaan yang diberiNya. sesungguhnya semuanya mempunyai hikmah yang kita sendiri tidak ketahui. Allah itu Maha Kaya, Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya. semoga kita semua menjadi hamba yang taat kepadaNya. insyaAllah..amin..

Kalamhati said...

Maha Suci Allah Pencipta Sekelian Alam..

Asha said...

betul tu. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik bg hambanya.

mas saari said...

kita mesti pasrah dgn takdir ilahi kerana setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya!

niena shopping2u said...

Thanks komen semua, saya baru balik.. @.@ ini entri auto post :)