Monday, June 13, 2011

Tidak solat: alasan atau sengaja..?

“Pembatas antara seorang muslim dengan musrikin dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jelas bukan hadis di atas? jadi apa alasan kita untuk tidak solat..? hurm.. sayang kalau surau tu luas, tapi takde pengunjung.. kalau ada pun untuk tido je. Apa alasan untuk tidak mahu solat? baju kotor? takde telekung? susah nak cuci mekap? susah nak bukak kain tudung sebab kena amik wuduk? 

Sebenarnya.. tu aalsan yang dipakai untuk orang yang memang takmo.. kalau dia nak, dia leh usaha.. bagi wanita pula, aurat di dalam solat sama je cam kat luar.. sebab tu kita kena tutup aurat dengan betul, pakai stokin.. tak perlu bertudung labuh pun takpe janji melepasi dada.. selalu jawapan bila ditanya, kenapa tak solat? lupa bawak telekung.. bila tanya lelaki lak.. dia jawab pakai jeans la takpun lagipun ada kesan tanah..

Rasanya semua dah tahu kan, apakah najis.. lupur tu najis ke? kalau seluruh badan tu berlumpur, kita masih leh solat.. islam tu sangat sangat mudah.. dalam apa keadaan pun kita kena solat, waimah sakit sekalipun.. solat itu wajib dilakukan oleh tiap manusia yang waras.. pernah dengar tak masa kejadian tsunami dulu? seorang lelaki yang tak pakai apa-apa, duduk atas pokok.. dia solat.. MasyaAllah.. dia betul betul jaga agama.. dia terselamat..

Kalau kuar dating pun apa susah, amik je masa 10 minit.. solat, doa doa tu jodoh kita yang terbaik.. saya ada pernah uji sorang ni, tapi takpelah.. tu cerita lama kan.. watpe nak kenang.. sesungguhnya solat itu memelihara kita dari membuat perkara yang tak elok.. solat adalah penentu keimanan. insyaAllah ..
-mampukah kita jadi seperti ini?-

1 comment:

Phoenix said...

Thanks sudi singgah Dan follow blog saya