Tuesday, June 21, 2011

Transformasi Pendidikan

Semakin hari, negara semakin mengorak langkah ke arah kemajuan. Semakin banyak bangunan didirikan dan sekaligus menyediakan peluang pekerjaan yang meluas buat rakyat Malaysia dan tak kurang juga peluang buat warga asing.

Rakyat juga semakin pintar, setiap kali diumumkan keputusan peperiksaan mesti ada peningkatan di setiap tahun, itu tandanya tahap pendidikan pelajar Malaysia semakin ke arah pencapaian yang diinginkan oleh kerajaan.

Namun bagaimana pula mereka yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi? adakah perlu dibiarkan begitu sahaja? harus diingat, tak semua golongan cerdik pandai mampu melakukan segala-galanya.

Transformasi pendidikan Vokasional seharusnya perlu kajian yang lebih mendalam jika tidak ianya akan merugikan negara kita sendiri. Sistem pensijilan Vokasional rasanya tidak perlu diberi syarat yang sukar untuk menyertainya, ini kerana bidang kemahiran memerlukan inovatif dan kreatif. Subjek teras bukan tidak perlu tetapi cukuplah sekadar syarat sahaja.

Saya pernah memasuki IKBN suatu ketika dahulu, sekadar suka-suka tetapi hanya separuh jalan sahaja, waktu itu kemasukan masih lagi longgar tidak seperti sekarang. Diharap kerajaan mengkaji semula transformasi ini, ini kerana pusat Kemahiran tempat untuk mereka yang lemah di dalam bidang teori dan tempat untuk mengasah bakat terpendam di dalam bidang praktikal.

4 comments:

Syazwan said...

saya setuju..
kerajaan tak leh bersikap lepas tangan golongan yang tercicir nie.
mungkin mereka mempunyai kemahiran tertentu yang mampu menyumbang ke arah ekonomi negara..
jngan duk tengok pelajar yang pintar je kan..

niena shopping2u said...

yup betul tu wahai pok ndir!

Ujang9897 said...

Pm baca menangis ni..hee

niena shopping2u said...

hehehe. cepat bagi kat PM!