Saturday, July 2, 2011

Agungnya ciptaanMu

.:pakcik google yang punya:.


Dedauan nyiur di tepi bangunan ini sayu-sayu melambai malas. Teroleng ke kiri dan ke kanan ditiup angin pagi, seakan menari dalam liuk tari. Aku sendirian menikmati pagi sambil disapa angin pantai. Sesekali minda cuba menerok tafsir disebalik siratan keindahan dan keajaiban alam ciptaan Allah SWT.

Seekor merpati terbang merendah, berputar seketika di udara sebelum singgah di hadapan ku. Sangat jinak merpati itu.. adakah makhluk yang indah itu sunyi tidak berteman? Aku terus menikmati angin pantai, hijab yang kupakai menutupi badan ku pegang erat.

Kuamatinya luasnya pantai itu dengan lebih lama, kuamatinya dengan pesona meneroka ke segenap keindahan yang keindahan yang tersirat di sebalik ciptaan Allah, semakin kuamati.. semakin tercerna keindahan lantas menyerlah hakikat kebesaran dan keagungan Pemiliknya.

Betapa tiada terbanding kebesaran dan keagungan itu kerana segala kebesaran dan keagungan itu adalah milik Yang Maha Pencipta. Seketika benakku menimbulkan persoalan.. beginikah keindahan wanita yang solehah..  walau bertudung litup jika semakin lama dipandang, semakin menyerlah kecantikan asli...?



16 comments:

Syazwan said...

baru bangun..heheh.
perempuan yang bertudung nie lebih cantik dan ayu.

waN Mohd Salim said...

indah la huhuhu

Pojiekyra said...

wanita yang bertudung lebih cantik dari terbuka..terserlah segala keayuannya :D

Pojiekyra said...

akak buat saya terkejut :D

♥ Elin ♥ said...

ratapi lah keindahan allah sepuaspuasnya...sebelum ianya hilang sekelip mata nanti ;)
masa itu akan tiba bila2 masa yg dikehendaki olehnya

Bro ahmad said...

setuju bertudung kan indah..tak baik dedah2...hmmm

ghost writer said...

malah tetap kelihatan seksi.kerna di sebalik itu ada suatu yang minda dan mata ingin teroka.

Подтверждаю said...

as salam..
yup.indah.cukup indah.
tapi untuk yang dah mendirikan baitulmuslim lah.seindah amal yang dijaga sebaik mungkin

=)

ambil contoh,macam pakcik; kalau dalam blog, pakcik tengok cara seseorang tu mengomen. berkaitan dengan entri ke tak. dari situ juga kita boleh melihat kematangan gaya penulisan dan tuturnya samada dijaga atau sebaliknya.

=)

selepas tengok apa yang diamalkan, tengok pula gaya tutur, sedap la dengar gaya tutur. takkan nak dengar isteri 'berbahasa pasar' kan?

huhu..
lari topik sikit >_<

Alya Esprézzo said...

yuhuuuuuuu..terjah sini dari blog ujang!! wahahahaha..niena syg jadi pilihan ujang laa..haii selamat berkenalan :P

azwa amani said...

nice entry :)

Elih Japahar said...

Bertudung umpama alam yg belum diterokai..sedangkan luaran boleh terpikat, apatah lagi menerokainya.. :)

mas saari said...

menutup aurat tu kan lebih cantik!

Pojiekyra said...

tertipu sekejap :D siapakah saya :D
da bgn akak..nk uat final touch :((

visitme@FaTiN cOrNeR said...

bertudung=ayuuu...

Sunah Sakura said...

insya'Allah jika bertudung litup mengikut syariat, muslimah itu akan nampak indah di mata penghuni langit dan bumi...

syrupmasin said...

perempuan bertudung cantek :)