Sunday, July 3, 2011

Ambil dan berilah yang terbaik..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Salam sejahtera buat yang bukan muslim.. mungkin semalam ada antara kita ni yang bekerja kan.. jadi hari ini merupakan hari untuk kita rehat sepuas-puasnya.. tapi, saya takleh nak rehat lagi buat masa ni (-.-), ada misi lagi yang nak diselesaikan..

-sumber gambar : google-

Allah SWT telah memerintahkan kepada kita supaya mencari rezeki dari
sumber yang halal. Perintah ini banyak terkandung dalam ayat alquran, diantaranya dalam surah An Nahl
Maksudnya: “Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.” (16:114)

Apabila saya perhatikan lebah yang membuat sarangnya di tepi bangunan kami, saya melihat mereka sama-sama bekerjasama bagi menghasilkan madu yang manis serta enak rasanya.

Lalu terlintas di fikiran saya ni, lebah.. makan dari sumber yang baik dan mengeluarkan hasil yang baik, bahkan manis dan berkhasiat pula. Bila dia hinggap di ranting, tidaklah mencederakan ranting itu.. menghisap pati sari bunga tanpa tidak meninggalkan sengatnya.. mengeluarkan madu juga tidak menanggalkan sengatnya.

Terbang dengan sebaran kecintaan lalu hinggap membawa kasih sayang. Bersuara dengungan bagaikan bersorak kegembiraan sambil mengucap kesyukuran. Lebah itu mengambil dari alam dan mengembalikan dalam keadaan yang lebih baik lagi..

Subhanallah.. hebat sungguh ciptaan Allah kan.. Dia sudah menyediakan lorong itu, cuma kita sahaja yang perlu menebasnya. Kenapa kita tidak mencontohi makhluk yang kecil itu..?


14 comments:

NARDtheNERD said...

lebah sangat rajin kan?..
:))

NARDtheNERD said...

follow u too..
:)

Ku Azhar said...

eh kak niena...nama je..url takut xmuat...blh?

contoh mcm yg ku punya tu..

Ku Azhar said...

ku tulis mcm nie ek?

Sunah Mas + Abg Ben

mcm tu blh? or kak nak lain sikit?

Titisan Hujan said...

mahu mencontohi lebah

Ku Azhar said...

kak..ce tgk..kt entry yg sama k...klau nak ubah nama or kedudukan nama ke gitau ye :D

Ku Azhar said...

kak ce tgk yg nie..dh ubah jd nama 2 tu

Bella Bell said...

lebah... :D




^^

Ku Azhar said...

same2 :D hehehe...thanks ye sbb join :D

Alexandriana Alia said...

betul, ambik yang baik akan hasilkan yg baik juga... so true!

Pojiekyra said...

kalau lebah rajin bekerja bagaimana pula dengan kita :D

Gen2Merah said...

banyak lagi haiwan ciptaan Allah yang boleh jadi renungan bersama. Lebah adalah salah satunya. Moga kita dapat berfikir sejenak tentang kehidupan ini..

Salam ukhuwah salam kunjung mengunjung ye (",)

syrupmasin said...

dah lepas nih nk jd lebah :D

Sunah Sakura said...

memberi dan menerima... :)