Friday, July 1, 2011

Apa itu zina hati

ALLAH SWT berfirman;

“ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”

Maksudnya kat situ.. Allah melarang kita menghampiri zina.. jika menghampiri sudah dilarang apa lagi kalau buat? kan..? Bagaimana menghampiri zina ni? saya ingin berbicara mengenai zina hati.. apa itu zina hati? adakah hati sesama hati berzina? saya tahu.. anda semua sudah tahu apa itu zina hati tapi sama-sama kita refresh balik.. back to basic kata mak saya..

Zina hati ni boleh jadi dalam pelbagai medium,  termasuk dengan perbualan telefon, sms, membayangkan sesuatu mengenai seseorang yang kita minati, chatting.. sebagai contoh tengok di SINI, dan pelbagai lagi. Bagaimana ia terjadi? apabila kita tidak menjaga hubungan kita dengan pasangan tu maka zina hati akan berlaku.. tak dinafikan, ada diantara para dai'e yang kecundang akibat zina hati ini.. tidak bererti mereka yang berhijb labuh itu tidak terkecuali. Bukan menjatuhkan sesiapa, saya juga berhijab.

Zina hati ini adalah keinginan, keinginan yang melampaui batas.. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan yang ISLAM dah tetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita. Kita akan sentiasa memandangnya, atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya, maka kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang, kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau kemungkinan kita akan sengaja melembut-lembutkan suara kita dengan kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya, membayangkan sesuatu yang tidak patut dibayangkan.

Semua itu mengganggu hati, walau tidak bertemu dan bersentuh tangan, ia tetap dianggap zina.. tapi tidaklah seperti zina itu. Sebab itulah kita diminta menjaga mu’amalah. Suka tidak menjadi masalah. Tetapi masalahnya, bagaimana cara kita menyukai? Zina hati, kalau dibiarkan lama-lama, akan menyebabkan kita kelemahan dalam beramal dan merosakkan diri kita sendiri dari dalam.

Hendak suka bukan tidak boleh, itu fitrah seorang insan, Tetapi ada caranya untuk kita bercinta. Kita sendiri perlu ada persiapannya. Bila menjurus kepada hati, maka kita sebenarnya perlu bersedia dan bertegas. Janganlah kerana cinta kepada seorang itu, diri kita terjual ke lembah yang merugikan. Letakkanlah ALLAH sebagai cinta pertama kita.   

Zina hati ini tiada siapa yang nampak kecuali kita dan Allah sahaja, jadi.. hanya kita sahaja yang perlu menangkap serta mengawalnya. Ayuh kita sama-sama merubah diri. Kita sama-sama berkongsi, jika saya salah.. sila lah tegur saya.

12 comments:

Syazwan said...

peringatan bersama.bagus :).
bercinta jangan melampaui batas.

Abu Huzaifah said...

bgus2... satu info yg menarik pada hari jumaat... trime kasih.. :)

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock said...

trm kasih kerana berkongsi ...:)

man said...

peringatan yg bagus...
baik buruk bermula dihati.

Подтверждаю said...

as salam..
ya. bahayanya penyakit hati yang sukar ditangani bila nafsu dah mula menguasai bila iman lemah..

macam entri lama pakcik. menyembah angan-angan dalam ibadah.huhu..

1.Blogger Ter-buta Dari Nama Pena Sendiri
2.Isra' Mikraj Dari Sudut Teori Saintifik Albert Eistein
4.Berubat Dengan Minyak Wangi Ka'abah
3.Tutorial Posting Entri ketika Dashboard Tak Boleh Di Akses.

+_Miss.Jannah_+ said...

hati pon bole mengundang zina.. semoga kita tak tergolong dalam golongan penzina hati.. insya ALLAH..

hehe.. ade ke kad KKU kak? :p

waN Mohd Salim said...

zina ni x bole la .. huhu doseeeeeeeeeeee

sergeant keroro said...

zina hati ini apabila nafsu menguasai diri, semoga dihindari :)

nurAMALLINA said...

Setuju dengan sergeant keroro.

Pojiekyra said...

zina hati terjadi apabila perasaan ingin tahu tue kuat..contohnya..cmnew la bila bla..bla..bla..haa tue yang mngundang zina tue..

Anonymous said...

mohon izin copy dan share ya ukhti. semoga bermanfaat insyaAllah.

♥ ♥ Maslinda Rohnawi ♥ ♥ said...

Mohon share yaa :D