Monday, July 18, 2011

Apa khabar timba saya ?

pinjam kat Mista Google

Eh.. eh... tajuk ntah pape jer.. ok, saja nak menghangatkan blog saya yang dah suam sejak beberapa hari ini.. orang kata bercakap berdasarkan pengalaman.. dan kepada yang nak bagi pandangan tu dibolehkan dengan syarat gunakan bahasa yang sopan.

Timba cari Peringi cari timba.. teringat pula kisah cerita 321 Cinta yang tengah ditayangkan di pawagam sekarang tapi saya tengok kat Astro First je. Salahkan seseorang wanita itu jika dia ingin meluahkan isi hatinya terhadap pemuda yang disukainya.

Boleh.. tak salah kan? asal kan kena dengan caranya, pertama.. jaga perasaan itu, kawal nafsu kita agar mendapat keredhaan dari Allah SWT,  gunakan orang tengah sepertimana tindakan Siti Khadijah yang ingin menjadikan Rasulullah SAW sebagai pendampingnya.. tak salah seseorang wanita itu ingin menawarkan dirinya kepada lelaki soleh.

Jika antara anda-anda yang merasakan diri sesuai untuk lelaki yang warak itu, apa salahnya luahkan saja, tapi janganlah pula tawarkan diri untuk bercinta. Teruskan hasrat dan janganlah menangguh dalam hal yang baik ini.

Tetapi ingat ye sahabat ku sayang, haram kita bersentuh dengan bukan muhrim, haram berdating tanpa disertai mahram yang thiqah, jaga fitnah dari masayarakat serta diri dan pasangan, haram berzina melalui hati yakni ber SMS, chatting, bersembang menerusi phone sehingga menaikkan syahwat, haram melihat aurat selagi belum bernikah, elakkan menghebah kepada umun agar tidak timbul fitnah, jangan bertukar-tukar gambar.

Menjaga cinta ni sesungguhnya sangat sukar, tak semua da'ie yang berjaya, ada juga yang kecundang.. kalau dah betul bersedia, luahkan saja.. jangan gunakan alasan "kalau tak bercinta bagaimana nak kenal pasangan tu?" .. Allah ada ye sahabat-sahabat, Dia dah sediakan jalan.. Istiqarah itu perlu dalam setiap pengembaraan cinta.. Eh.. apa khabar timba saya sekarang ye? sapa la si timba saya tuuu..

20 comments:

zieyzain said...

kak niena,..bukan perigi cari timba ke,..ehehe..sy pon ada terfikir nak buat entry ttg niey..hmm..

slumberdek said...

teringat zaman slumberdek kecik2 dulu, kat umah masih pakai timba dan air telaga punya la susah nak mandi masa nak pergi sekolah. sedih aaaa time tu.

misz farahniza said...

entry yg sgt bagus..
follow ye..

waN Mohd Salim said...

uhk .. perigi tu berhantu x >?

amna said...

skrg takde dah istilah tu. masing2 kena berusaha utk caari pasangan hidup kan :')
p/s:alhamdulillah kalau dapat suami warak, dengan harap dapat dibimbing ke arah yang lebih baik. ameen

HiburDunia said...

saya berbagi award kepada kamu sob...semoga award ini bisa mempererat hubungan kita sesama blogger..saya ucapkan selamat..siilahkan diambil awardnya :) semoga bermanfaat

Ku Azhar said...

cayyokkk!! kak niena cayyok!! hehehe

Tukang Karut said...

ala... perigi ke timba ke... sama2 mencari la... kalau tak cari mana nak jumpa yang sesuai...kan kan kan...

Syazwan Che Deraman said...

emm.niena.
sekarang nie kan..
ramai yang amalkan bercinta sebelum kawin..
dulu susah gak kan?

Asmara said...

salam niena, terima kasih datang melawat. :) menarik pengisian di sini. keep up ur good article. :)

Titisan Hujan said...

xsalah jika timba itu yg sukar dicari

syrupmasin said...

ermm..nak carik timab la sekrg..err..laki timbe ke perigi eh kak?? :D

Citarasa Rinduan said...

suka dgn entry nieda.......
banyak pengajaran......

oh ya, ayu minta izin bubuh blog nieda dalam bloglist ayu ya

Dearie Pearls said...

timba yang saya suka masa dulu2 dah nak kawen dah. tapi tu kisah dulu2..

*layan citer 321 cinta, leleh masa pierre tu luahkan rasa hati dia masa aishah belasah habis2an..

visitme@FaTiN cOrNeR said...

hehe..comel lak ganti nm timba..hehe..

Подтверждаю said...

as salam..
pakcik setuju ;)

ok, point dari entri pakcik yang pagi tadi tu. yang tang :

ilmu, iman dan cinta

tu..kalau kita hanya sekadar menunaikna tuntutan fitrah seorang manusia, nescaya diantara fitrah tu, ada penggodanya.apa itu? makhluk laknatullah itu.

haih.. sebab tu, penting kalau tak mampu atau takut (sebab membina baitulmuslim ni tanggungjawabnya cukup berat), lebih baik single dari membina baitulmuslim. khuatir akan diri yang terang2 ada khilafnya.

memang semua dari kalangan kita ada melakukan khilaf, tapi, dah terang2 kita dipandukan dengan apa yang dah diberikan. cuma..ikut atau tak jer panduan-Nya..

pandapat peribadi pakcik, single dulu dari memikirkan apa yang boleh merosakkan dari apa yang kita tak yakin dalam diri.

sebab tu..sekadar pendapat. hehe..dah mampu mengambil semua tanggungjawab jihad dalam baitulmuslim, baru ler get ready untuk cari pasangan.

mati tanpa berkahwin? ha..boleh abca isu ni kat entri keen ;)

tak gitu?
niena nikah nanti, jangan lupa jemput pakcik. hehe~

up-up, and away!~

;)

aimie amalina said...

jeng2...sape tu..dah ade ke belom..kiki

tamlegend said...

sgt setuju...nice entri...jgn ada org cop blog kita nnt blog anti couple. but, sapa pedulikan...couple tu mmg benda y tak betul...wallahualam...

Anak Wak Mail said...

suka baca ni..kalau tak silap.pegang lelaki yang bukan muhrim tu macam pegang khinzir..betul ke?

Niena Pengembara Ilahi said...

Anak Wak Mail:
erm.. khinzir itu makhluk Allah...Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik ... Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat