Sunday, July 17, 2011

Bila bercakap mengenai musibah

Setiap kali kita berada di dalam kegembiraan.. kita akan mengucap syukur.. dan setiap kali menerima musibah.. kita kan mengeluh... seolah keluh kesah bersama kak esah.. (dulu suka hantar masalah2 ruangan majalah ujang tu..)

Firman Allah yang bermaksud;
"Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa." (Ar-Ruum:36)

Tahukah.. Allah itu yang mengatur segala-galanya? segala rezeki itu milikNya.. firmanNya lagi di dalam surah yang sama yang bermaksud;
"Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahwa Sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.." (Ar-Ruum:37)
Ingatlah sahabat-sahabat.. setiap apa yang kita buat akan diampunkan olehnya selagi mana kita bertaubat padaNya.. janganlah pula kita mencari musibah itu.. firmanNya yang bermaksdu;
"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).." (Asy-Syuura:30)
Ayat yang paling saya suka adalah ayat 139 yang terkandung di dalam surah Ali-Imran.. ayat itu membuktikan Allah Ta'ala itu sangat kasih pada hambaNya.. jika saya kecewa.. saya berduka dan bersedih saya akan berbalik kepada ayat ITU.. ianya telah memujuk hati saya.. Selamat malam... semoga jumpa lagi di esok hari para sahabatku sekelian..."..Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.." (Al-Hujurat:8) 

22 comments:

fa said...

manusia x pernah lari dari diuji an..

syrupmasin said...

keluh kesah bersama kak esah?? ecece..hantar pasal ape akak?? gaduh ngn boipren eh?? :D

Niena Pengembara Ilahi said...

helloooo akkak xnpah ada boiprem nye hrp maklum hehehe

visitme@FaTiN cOrNeR said...

musibah tanda ujian dari Allah untuk mematangkan kita..

Titisan Hujan said...

kalo xde mslh xde mkna la hidup ni kn

tp untung sbnrnya bila ditimpa musibah sbb tu la tnda nya Allah msih syg kn kita

muhamad hanif said...

Allah uji hambanya yang terbaik je ;)

syrupmasin said...

wuahahaha..ececece..malu lah tuh.. :D

muz said...

kalo x pernah ada boifren? tunang ada...

Ibnushukran said...

ujian tu mnunjuk kasih sayang Allah swt kpd hambaNya,, Dia xnak kita hanyut dan leka dgn kesalahan kita.. :)

aimie amalina said...

waaa..suke sgt nih!heee..

camat malam kak!

Syazwan Che Deraman said...

thanks sebab kongsi!

Ku Azhar said...

slmt mlm kak niena :)

hamzah ian said...

sokong

alif haris said...

ujian itu tanda kasih syg-Nya :)

Adam Roslan said...

Terima dengan tabah.

Hanjila Aigiarn said...

manusia dan musibah tdk blh dipisahkan...

tamlegend said...

musibah tu kadang nak angkat martabat iman...tanda Allah sayang dan kasihkan kita...

Golden Rose said...

moga diri kita sentiada dibawah lindungan ALLAH

Afikah Aziz said...

Ika suke entry ni kak hehe...musibah itu kadang2 merupakan anugerah untuk kita..di sebalik sesuatu kejadian pasti ade hikmah nye kn kak..jd jgn anggap musibah itu sebagai sesuatu yg mendukacitakan..anggaplah ia sebagai anugerah dr Allah utk hambaNya,semoga kita sentiasa redha dengan ketentuanNya :)

Wuming said...

Manusia ini masa gembira... tak ingat banyak... Bila dalam kesusahan... Mula lah nak insaf....

hanaahmad said...

entry sangat bermakna. may Allah bless u niena. masalah itu mmg dicipta buat manusia yang sering alpa mcm kita2 ni. aku yakin kau mampu handle. :)

syiela said...

musibah untuk diuji kesabaran hambanya dan tanda kasih sayang dariNYA