Thursday, July 7, 2011

Cerita Ini Cerita Katak

!! INI BUKAN SEGMEN BIASA !!
TOLONG PERCAYA


SEGMEN PRINCESS KATAK (skandal saya)
klik SINI untuk join


CERITA INI SESUAI UNTUK SEMUA LAPISAN MASYARAKAT !!


Pada satu hari ada sekumpulan katak yang berlumba lari, tujuan mereka adalah ingin mencapai ke bukit yang tinggi..



-geng katak-

Princess Katak turut menonton perlumbaan itu sambil ditonton oleh kaum kerabat katak yang lain..  Tak semua katak termasuk Princess Katak percaya bahawa katak-katak itu mampu melompat di bukit yang tinggi itu..


-katak keding & katak nerd-

KATAK KEDING & KATAK NERD: Jalannya terlalu sukar ! mana mungkin mereka sampai ke sana..!



-katak gemok-

KATAK GEMOK: Takkan berhasil..! bukit itu terlalu tinggi.. (sambil mencungkil giginya)

Katak-katak terus jatuh ke dalam lembah kecuali yang betul-betul gigih berusaha, semakin lama mereka semakin sampai ke atas... terlompat-lompat cam seekor katak.. erk.. memang katak pun kan? Penonton terus bersorak..


-katak malas-

KATAK MALAS: Tak seekor pun berjaya !! semuanya hampeh !!

Katak-katak yang kecil mula menyerah, hanya seekor sahaja yang semakin mencapai puncaknya. Dia takkan menyerah !!



Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki bukit,  kecuali ada seekor katak kecil yang telah berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berhasil ke puncak..

Katak yang lain hairan bagaimana dia boleh mencapai ke puncak.. mereka ingin tahu bagaimana. Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuannya?


-ini kerbau tau, bukan katak-

Rupa-rupanya katak itu pekak akibat disepak oleh saya semalam.. ok, disebalik cerita ini kita boleh ambil iktibar, walaupun berkaitan katak, tetapi ianya mempunyai kecenderungan yang positif..

Usah mendengar kata-kata negatif orang lain, kerana ianya sebahagian besar merosakkan mimpimu dan menjauhkan dirimu dari menemui kejayaan. Selalu fikirkan kata-kata bertuah..

Kerana sesuatu yang kamu dengar boleh mempengaruhi perilaku serta mindamu. oleh kerana itu, tetapkanlah selalu pendirianmu..

Katak yang pekak itu telah memperolehi kejayaan kerana kepekakannya.. dia menerima hadiah trofi berbentuk katak special dari CIKGU KATAK..


~semua gambar atas ihsan incik google~


15 comments:

muhamad hanif said...

wakkakakakakaka..

adakah aku begitu nerd sekali ?

NadiRah said...

hohohoh..
best dpt bahan keroro nih..
nak join ler.. ^^

TWEETY BERT said...

ahhahaha... oh katak.. kamu tetap melompat wahai katak ehhee..

bagus ader pengajaran yg boleh di ambik untuk kita gunakan

terbaekk

sergeant keroro said...

alien katak tak ade? haha XD

Anum said...

katak oh katak

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

katak oh katak... g la cari putera katak wat laki :)

gadisBunga said...

saya suka katak.

serious! :D

~HanAlia said...

xleyh blah katak keding ngn katak malas..hahah

zie_ira said...

comel je katak ni,, katak yg pekak,,hhehe

+_Miss.Jannah_+ said...

hehe, comel la cerita ni..

ingatkan mimpi kawen dengan putera katak la tadi..hehe

Fad said...

wahahaha...blh baca tuk anak2 murid ni..tp anak2 murid katak kat atas tu la..haha

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

katak oh! katak... la... tak dengar ke.. eh pekak rupanya..hehe~

prince katak takde ke..?? (^^,)

CikMiMiey said...

wah , bes la story katak ni ..
ade pengajaran di sebalik klako an tuh. huhu

seronok jep bace .. ^^

syrupmasin said...

haha..yes jadi katak..haha..err..betol tuh jgn dgr cakap org..kdg2 bole rosak kan kite sndiri :)

Syazwan said...

alamak!.
saya katak malas?.
kenapa?
heheheh..
time kasih niena..
banyak pengajaran dari entry nie.