Thursday, July 14, 2011

Dia sudah memeluk Islam...

Satu hari saya menyapa seorang anggota non-muslim yang baru melapor, saya kenal dia dah lama, dia anggota wataniah dan diserap di dalam perkhidmatan tetap.. satu hari saya masuk ke kamar dia.. mata saya terpaku memandang buku-buku ilmiah, meremang reroma saya.. setelah saya bertanya.. katanya itu adalah buku koleksi simpanannya.

Saya terpaku melihat sepotong nama "Nur Syuhadah" yang tercatat di buku itu, saya mula menyiasat.. dan dia menceritakan kepada saya segalanya.. mulai hari itu hubungan kami semakin rapat.. bagi saya pangkat tu tiada bezanya, kita manusia sama.. saya anggap dia macam kakak saya.. waktu zohor saya selalu ke surau.. dia nak ikut, lalu ada satu mulut yang berkata.. "eh.. haramlah dia masuk surau.." Ya Allah.. ajaran siapa dia ikut? itu surau kecil je.. lagipun dia masuk bukan nak mengganggu.. orang lain yang ada dalam tu tau mengumpat jer..

Lepas solat macam2 soalan ditanya.. hingga di satu soalan... kenapa lelaki Islam boleh berpoligami, lalu saya menceritakan segalanya apa yang saya tahu.. apa tujuan poligami itu, dia semakin tertarik dengan keindahan Islam.. benar, poligami itu tidaklah menganiayai wanita.. kami mula berkongsi buku2 ilmiah, setiap bulan saya akan membeli sekurang-kurangnya 2 buku.

Lepas waktu magrib biasanya saya akan membaca al-Quran.. dan setiap kali lepas magrib dia akan datang kepada saya, dia dengar.. kusyuk.. saya baca beserta maksud dan tafsirnya, saya pilih surah Ar-Rahman, bagi saya surah itu banyak membuktikan kebesaranNya, Allah mengajar manusia pandai berbicara, pohon-pohonan dan tumbuh-tumbuhan tunduk kepada Allah.. kelopak matanya mula berkaca.. saya pegang tangan dia sambil meneruskan..

Dia nyatakan hasrat hatinya untuk memeluk agama Islam, saya rasa sangat bertanggungjawab atasnya, saya nyatakan niat sucinya itu kepada ustazah pasukan.. tapi proses untuk dia memeluk Islam agak lama, lebih kurang 1-3 bulan.. jadi saya ajar dia melafaz kalimah indah itu.. tiada siapa yang tahu, hanya Allah, dia dan saya..

Tapi saya sedih sebab tak dapat mendidik dia, ya.. ilmu saya tak sehebat calon Ustazah Pilihan, tapi saya ingin berkongsi apa yang saya tahu, dia kini terlibat dengan pelbagai lagi latihan, kalau anda nak tahu dia merupakan penembak negara. Sekarang tengah berlatih untuk AARM di Indonesia hujung tahun ini, ini merupakan peringat Asia. Dia sangat istimewa..

"Nur Syuhadah Lydai binti Gandau" cantik kan nama tu.. nama itu dipilih olehnya sendiri dan katanya sebab suka tengok masjid kat Kem Terendak yang dinamakan As-Syuhadah.. semoga dia dijodohkan dengan seorang lelaki yang boleh membimbing dia ke jalan yang diredhaiNya..

Tiap kali jumpa dia.. terpancar Nur diwajahnya.. sesuai dengan keindahan nama barunya itu.. Nur Syuhadah..


25 comments:

Anum said...

alhamdullilah...
terbuka pintu hati dia kan

syrupmasin said...

waa..alhamdulillah :)

saiazuan said...

nice :)

brtambah saudara islam :)

muhamad hanif said...

cantik nama.


alhmdullilah, ;)

alif haris said...

alhmdllah .. pintu hatinye telah terbuka untuk hidayah bertandang di hatinya

fa said...

alhamdulillah.. ^^

Lulu Caldina said...

syukurlah kak.. semoga dia menemui jodoh yang tepat, dan dapat membimbing dia menjadi srg muslimah...

Qaseh dalia adelia said...

alhamdulillah bertambah umat nabi muhammad..syukurrr

Golden Rose said...

ALHAMDULILLAH....moga dirinya sentiasa dilindungi & dibawah hidayah ALLAH

Cik Jari Tembam said...

syukur..bertambah saudara kite, moga Allah s.w.t permudahkan perjalanannya sebagai muslimah :)

azam said...

:) cantik nama....seindah cahayaNya

Ku Azhar said...

alhamdulillah..cayyok2!!

Anak Wak Mail said...

Alhamdulillah..tambah lagi ummat Islam..

moga2 dia bertemu dengan Islam yang dapat membimbing dia..=)

Syazwan Che Deraman said...

suka baca entry nie.
thanks!.nak share kat fb!

nazira said...

Syukur.. Nur Syahadah telah tertulis untuknya..

Jom la kita ziarah mengziarah.. Bukan pe saje mengeratkan silaturrahim.. hu3..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

n a g a_g e m o k said...

dia lebih tenang menjadi seorang muslimah..alhamdulillah..

Kalamhati said...

Alhamdulillah..dia insan terpilih yg mendapat hidayah Allah..=)

aimie amalina said...

alhamdulillah..sorg lag dh meramaikan jemaah kite kan kak =)

TWEETY BERT said...

alhamdulillah...

kadang2 pendatang baru lebih 'alim' dari muslim darii kecik kan.. malu saya rase..

Rizal Slaughterheart said...

Alhamdulillah... :)

Syuxer said...

alhamdulillah..:)

Tea said...

alhamdulillah bertambah sorg lagi umat Islam. :)
gembira baca ni.

Подтверждаю said...

as salam..
ameen..moga dipermudahkan-Nya kepada dia untuk mendalami Islam..
cabaran baru bermula..moga dia mampu hadapinya..
wah! nur syuhadah =)
penembak negara. latihan AARM. wow!
moga beroleh kemenangan disana. bukan saja kemenangan untuk dunia, malah untuk akhirat.ameen..

;)

Nur Zulaikha said...

alhamdulillah..harap2 ramai lagi yg akan sedar bahawa islam itu indah~

MEKAR said...

Sejuk hati mendengar cerita ini. Tahniah juga buat niena krn mjadi salah seorg sahabatnya yg sedikit sebyk memberi panduan ttng islam