Monday, July 4, 2011

Hanya Mampu Senyum..

Pernah dulu saya kecewa dengan sakit yang menimpa saya ni.. tapi disebalik kesakitan itu ada hikmahnya.. Sakit saya ni tak lah seteruk mana tapi dalam perkhidmatan ATM ni, ianya boleh mencacatkan segala-galanya. Saya tak boleh nak ikut aktiviti macam orang lain..

Ianya juga telah meragut keinginan saya, saya ingin pergi lebih jauh.. tapi, kesakitan ini menghalang saya.. seronok tengok kawan-kawan dapat pergi misi PBB.. haritu ada pemilihan untuk ke MALBAT, dalam beribu anggota wanita Tentera Darat, saya antara 3 orang je wanita yang mempunyai kelayakan tu, pemilihan untuk 2 orang.. kalau bukan kerana sakit ni, mungkin saya dah ke sana..

Saya ingin menyertai misi pengaman PBB bukan kerana tawaran yang lumayan, tapi keinginan untuk berbakti kepada mereka .. tapi kata Ustaz saya dulu, niat kita tu jika suci, InsyaAllah.. ada bahagiannya..

Saya mengalami kecederaan ni semasa menjalani Latihan Industri, saya terjatuh dari SIBMAS.. kenderaan perisai tentera, doktor mengesan patella saya mengalami kecederaan yang serius, buat masa ni pembedahan dah dilakukan sekali.. ada lagi pembedahan bagi pemasangan lapisan besi ke lutut saya, tapi saya tanggunghkan dulu..

Alhamdulillah, walaupun kecederaan yang saya alami tu semasa dalam latihan, saya tetap ditamatkan menjalani latihan tu, kalaulah saya digugurkan.. tak taulah, saya tak dapat bayangkan wajah mak saya.. 4 tahun bukan masa yang singkat berada di sana.. syukur, rezeki masih berpihak buat saya.. hari ni saya ke Hospital lagi, erm.. petang atau malam baru boleh update.. 

Dah abis baca ?? ok.. ke hospital sekarang jugak..



19 comments:

Santri T.P.I.N.I said...

hebat rasanya bunga berada di tengah-tengah kumbang2 perkasa... jadi semangat pada mereka semua.

Syazwan said...

hebat niena nie!
have a good day.

mas saari said...

suka dengan semangat niena...
insyallah suatu masa nanti pasti niena terpilih menyertai misi tersebut! amin..

Isteri Encek Bard said...

betul tu setiap apa yang berlau ada hikmahnya sama aa bai atau pun burukk.. kita mesti redha dengan segala ketentuan NYA

Tea said...

kak niena, cepat2 pulih. hmm. besar harapan akak dan mak ekk. :)

hanaahmad said...

wow! adakah niena salah seorang wanita yang berkhidmat dalam tentera?? kagum! semoga cepat sembuh dan tercapai cita-cita. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

take care dear

BeloG MTT said...

Tabik spring dekat sis.. :)

Bui Idzra Ryn said...

wah,tak tau pulak Niena ni orang ATM..semangat mesti kuat yer..selamat ke hospital..harap semuanya ok..^_^

MisS HoNeY said...

sabar eh?ALLAH UJI KITA SBB ALLAH TAW KEMAMPUAN KITA :)

fyna said...

bestnye...
anyway cepat2 sembuh k..
;)

syrupmasin said...

errr..adoii..sakit nye..tp akak hebat kot..semagt tinggi :)

aimie amalina said...

akak msuk ATM ye..huuu...mcm ayah..saya nk join x layak..huu..papepon..sy doakan akak kuat ye! fightooo-oohh!

muhamad hanif said...

anda seorang askar ? waaaaaaahhh !

na jadi askar jugak !

logorithm said...

Oooo... Cik Niena nih tentera rupa-rupanya!

Kalau lutut pernah tercedera, ia takkan pulih 100% kan?

[U] GIVEAWAY: EqbalZack's fan page LOGO!

[13PG] Logorithm's Wordless Wednesday #4

[13SX] Jangan kau tipu aku!

miloais said...

nokk... banyak3 bersabar ye...
dugaan dari Nya...

insyaallah... adalah pelunag untuk uols nanti tu!

azam said...

senyum sokmo yer.....

fa said...

kak niena..
fa tag kak nie dkt sini..
http://mylife-fa.blogspot.com/2011/07/contest-blog-saya-comel.html

jom join contest ni.. :)

Sunah Sakura said...

akak..saya suka baca tentang hidup akak dalam dunia tentera...