Friday, July 1, 2011

Hati yang hidup..


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera kepada mereka yang bukan muslim.. Alhamdulillah.. kita masih lagi bernafas..

Dah banyak post berkisahkan hati.. tapi kali ni saya nak cerita mengenai hati yang hidup.. apakah kita sudah mengesan berapa beratkah hati kita..? dengan itu kita dapat memerhatikan keras atau lembutnya hati kita.. macam mana la tu nak timbang? nak periksa? mana boleh dibedah kan..?

Munasabah diri adalah cara pembedahan hati kita. Dengan itu kita dapat memastikan hati kita ini sihat atau tidak.. masih hidup atau dalam keadaan nazak..

Hati yang masih hidup tandanya masih boleh menyebut nama Allah.. membaca Al-Quran, berzikir dan mempelbagaigan ibadah.. hati tu masih mengingati Allah.. ada kesan di hati itu setiap kali menyebut nama Allah.. hati itu setenang air apabila diberi teguran dan sentiasa inginkan nasihat yang baik. Hati yang hidup sentiasa akan peka.

Hati yang hidup sentiasa berpegang teguh pada iman, menjaga kesucian agamanya.. menutup aurat dengan betul.. hati yang hidup sentiasa akan memegang pada hak Allah.. mencintai Rasulullah.. saya ada terbaca buku penulisan Hilal Asyraf.. katanya hati yang hidup akan sentiasa mengepam iman kepada seluruh pancaindera.

Hati yang hidup tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah SWT semata-mata.. di bumi ini terdapat banyak hati, tapi hati yang paling Allah sayang adalah hati yang paling lembut, paling jernih dan paling teguh..

Petunjuk hati yang hidup adalah takut pada Allah SWT dan takut pada kemurkaanNya. jika dia tahu ada kesilapan yang dilakukan, maka.. taubat pada Allah adalah jalannya.. seperti motosikal atau kereta.. kita perlu menservisnya.. jika tidak kenderaan itu akan menjadi berat, begitulah hati ini.. jika kita tak bersihkannya.. maka kita akan jadi berat untuk beribadah.. apa kata kita menjaga hati kita.. selamat memulakan tugas ..



8 comments:

Tea said...

Insyaallah tea akan pastikn hati tea slalu hdup.. :)

aizamia3 said...

jangan biarkan hati berada dalam kegelapan..

+_Miss.Jannah_+ said...

terima kasih untuk peringatan ni kak.. jannah akan ingat selalu.. :)

starting yg baik untuk hari Jumaat ni.. alhamdulillah.. :)

man said...

thanks..good information.

man said...

thanks..good information.

TeAqArH said...

jgn biarkan hati mati sebelom masanya..^_^

Pojiekyra said...

oleh sebab hati kita sentiasa mudah dicemari jadi kena lah sentiasa mencuci hati kita dengan bacaan al-quran :D

fa said...

terima kasih kak niena sbb selalu mengingati.. :)