Friday, July 15, 2011

Jadilah seperti air yang mengalir..

Air.. kita sendiri tahu air itu bentuknya macam mana, kedudukannya bagaimana.. digunakan untuk apa.. memberikan banyak manfaat kepada kita.. sewaktu dipantri tadi, saya pasang pili.. air mengalir melimpah-limpah laju memenuhi ruang gelas.. saya biarkan.. ia terus mengalir mencari kemana haluannya.. bila ditutup.. air itu akan berhenti lalu bertakung di sinki..

Hilal Asyraf pernah cakap melalui siri motivasinya di video, jadilah kita seperti air yang mengalir.. kita sering dilanda masalah, musibah tidak akan berhenti menemui kita selagi kita masih hidup.. kita akan sentiasa menemui cabaran itu dan kadang-kadang ianya sudah membuat kita rasa bosan.. sehinggakan rasanya ingin berhenti dari segala-galanya..

Kenapa ambil air yang mengalir sebagai contoh? cuba anda ambil gelas.. dan tuangkan air, pastinya dia memenuhi ruang itu mengikut bentuk gelas tersebut, dia akan mencari ruang yang ada bagi mengatasi segala halangan.. sekiranya air itu melimpah, ia akan terus mencari ruang yang mana dia boleh pergi, tidak berhenti dan tidak akan mengalah.. air yang mengalir itu akan keluar mencari jalan.. tapi jika sekadar air yang bertakung maka ia tidak akan keluar daripada halangan..

Allah SWT berfirman di dalam surah Adz-Dzaariyaat menerusi ayat 58.. "Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai Kekuatan lagi sangat kukuh.." Allah yang memberikan kita segala kekuatan.. kekuatan Allah itu sangat kukuh dan tidak akan habis tenagaNya.

Allah SWT juga berfirman di dalam surah An Nisaa' ayat 139 "...Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." Kita sepatutnya mengharapkan pada Allah dan meminta pertolongan daripadanya tetapi ada juga yang mengadakan hubungan dengan yang lain selain Allah Ta'ala sebagai pembantunya.. sebab itulah kita rasa ingin berputus asa.. jadi untuk menjadi seperti air yang mengalir itu.. kita kembali kepada Allah SWT..


24 comments:

muhamad hanif said...

tazkirah jumaat..


bagus ;)

TWEETY BERT said...

muhasabah di hari jumaat.. terasa diri ini dimotibetetkan.. mekaseh sis/..

fa said...

utk muhasabah diri ini.. thx kak niena ^^

me@monolog said...

jangan sampai menjadi bah yang meranapkan apa sahaja dalam laluannya..

alif haris said...

jadilah seperti air ..^^
sentiasa mengalir walaupun menghadapai cabaran sebesar mana ..

mizzkechique said...

motivasi yg ckp bgs utk dijadikan panduan n itkibar.. trm ksh.. :)

kotak bulat said...

tazkirah jumaat.. :)
jgn berputus asa dan berhenti berusaha. :)

cik kacak said...

thank you cik niena .

nice entry ;)

DoodleLicious said...

good shares la ^^ thanks

Ku Azhar said...

kak niena!! hehehe blh jd penulis kuthbah hari jumaat nie :D

Cik Ecah said...

tazkirah di hari jumaat :)

Syazwan Che Deraman said...

nice entry niena.

nak jadi macam air.
insyaAllah.
akan kuredah segala halangan dan ujian ini :)

Afikah Aziz said...

tazkiyatun nafsi fi yaumul jum'ah..syukran akak :)

syrupmasin said...

haaa..khutabah ari nih :D

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

tazkirah ari ini..

Acik said...

air yg mengalir! hmmmmm ... yg sentiasa bergerak menuju destinasi ... :)

Meck said...

best..

http://meckomecka.blogspot.com

WuMing said...

Air ini akan beruba hikut keadaan... betul tak?

cucu umie said...

thnkx sis atas perkongsian tersebut..

FasiHaH SupiaN said...

nice sharing sis...:)

Подтверждаю said...

alhamdulillah

CNK said...

entry yg penuh motivated! like..

http://pelangichanteque.blogspot.com/

cnk followw;p

azam said...

alhamdulillah....baik ni

Dearie Pearls said...

berfikir..

thank you sharing dis..